Wednesday, August 19, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Muhaimin Marwan

Muhaimin Marwan

179 Artikel 0 Komen

Jamal Yunos Periksa Kediaman di Ampang

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos menunjukkan tombol pintu bahagian dapur yang rosak dipercayai akibat proses sitaan secara paksa bagi menyelesaikan penghakiman tertunggak berjumlah RM66,061.85, iaitu kos yang masih belum dibayar kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok di kediamannya di Ampang Jaya. Foto MUHAIMIN MARWAN, 28 JANUARI 2026.

Anwar Solat Jumaat di Bandar Baru Bangi

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat jumaat bersama penduduk setempat di Surau Al-Amin Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, Selangor. Foto MUHAIMIN MARWAN, 23 JANUARI 2026.

Demonstrasi Angkat Hak Petani dan Lawan Monopoli di Hadapan Parlimen

Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM) membuat demonstrasi menyeru kerajaan agar mempertahankan hak petani kecil dan Orang Asal daripada penguasaan monopoli swasta pada Perhimpunan Angkat Hak Petani dan Lawan Monopoli di hadapan bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 20 JANUARI 2026.

NGO Islam Bantah Pemindahan Kandang Babi

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hassan Syed Ali (kiri) bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan memorandum isu cadangan pemindahan ladang penternakan babi ke Bukit Tagar di hadapan bangunan SUK, Shah Alam. Foto MUHAIMIN MARWAN, 16 JANUARI 2026

SPRM Sita Wang Tunai, Jam Mewah dan Emas

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menunjukkan barang rampasan pada sidang media khas mengenai rampasan melibatkan bekas panglima angkatan tentera di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. Foto MUHAIMIN MARWAN, 15 JANUARI 2026

Pengerusi NGO Didakwa Seleweng Dana Awam

Pengerusi NGO Serantau Muslim, Hakim Mohd Nor diiring pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan kes menyeleweng dana awam berjumlah RM26 juta melalui Op Serantau di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 12 JANUARI 2026.

Sampah Bertaburan Selepas Sambutan Ambang Tahun Baharu

Sampah sarap ditinggalkan pengunjung di jalan raya ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette selepas sambutan Tahun Baharu 2026 di Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 01 JANUARI 2026.

JDT atau Sabah FC Bawa Pulang Piala FA 2025?

Ketua pasukan JDT, Natxo Insa (dua kiri) dan Ketua pasukan Sabah FC, Dominic Tan (dua kanan) bergambar bersama Piala FA, turut sama Ketua jurulatih JDT, Xisco Munoz (kiri) dan Ketua Jurulatih Sabah FC, Jean-Paul de Marigny pada sidang media menjelang perlawanan akhir JDT menentang Sabah FC esok di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 13 DISEMBER 2025

Syed Saddiq Hadir Mahkamah Persekutuan di Putrajaya

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hadir bagi pendengaran rayuan empat tuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram berhubung penyelewengan dana Armada di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya. Foto MUHAIMIN MARWAN, 11 DISEMBER 2025

Penyerahan kunci rumah kepada mangsa kebakaran paip gas Putra Heights

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming bergambar bersama penerima pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Mangsa Insiden Kebakaran Putra Heights di Projek Kampung Sungai Baru, Putra Heights, Subang Jaya. Foto MUHAIMIN MARWAN, 04 DISEMBER 2025.