Wednesday, August 19, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Muhaimin Marwan

Muhaimin Marwan

179 Artikel 0 Komen

Zizie Izette di Mahkamah KL

Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad pada prosiding perbicaraan kes atas tiga pertuduhan bersubahat memperoleh rasuah berjumlah RM2.8 juta di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 05 MAC 2026.

Buka Puasa Berlatarkan Bangunan Sultan Abdul Samad

Warga kota meluangkan masa berbuka puasa berlatarkan Bangunan Sultan Abdul Samad sempena bulan Ramadan pada cuti hujung minggu ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Dataran Merdeka. Foto MUHAIMIN MARWAN, 01 MAC 2026

Jenazah Allahyarham Tun Abdul Hamid Selamat Dikebumikan

Iisteri Allahyarham Tun Abdul Hamid Mohamad, Toh Puan Hamidah Choong Abdullah menyiram bunga mawar di pusara suaminya sebagai penghormatan terakhir selepas selamat disemadikan di Musolla Taman Selatan Presint 20, Putrajaya. Foto MUHAIMIN MARWAN, 19 FEBRUARI 2026.

Ahli MPT Hadir Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Bersatu

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang, Mohd Rafiq Mohd Abdullah, hadir bagi Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia di kediaman rasmi Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara. Foto MUHAIMIN MARWAN, 14 FEBRUARI 2026.

Selipar dan Tuala Jamal Md Yunos Dilelong

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos bergambar bersama dua individu yang berjaya membeli tuala berharga RM33,000 dan selipar berharga RM33,000 dalam proses lelongan yang diadakan di kediamannya di Ampang. Foto MUHAIMIN MARWAN, 11 FEBRUARI 2026.

Polis Tumpaskan Tiga Sindiket Dadah Dari Kelantan

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan bercakap pada sidang media kejayaan menumpaskan tiga sindiket pengedaran dadah dari Kelantan ke Lembah Klang melibatkan jumlah RM208 juta ketika di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 06 FEBRUARI 2026.

‘Mata di Hujung Jari’ Hermi Tukang Urut OKU Buta

Hermi Abd Rohim dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai sesi rawatan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Pusat Terapi Patella Blind Massage, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 03 FEBRUARI 2026

Warisan Bangunan Sultan Abdul Samad

Bangunan Sultan Abdul Samad dirakam sempena Majlis Penyempurnaan Pemuliharaan bangunan bersejarah itu ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 31 JANUARI 2026.

YDP Agong Menyempurnakan Pemuliharaan Bangunan Sultan Abdul Samad

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan melakukan gimik perasmian dengan memusingkan tuli sambil disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengarah Urusan Khazanah Nasional, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir pada Majlis Penyempurnaan Pemuliharaan Bangunan Sultan Abdul Samad di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 31 JANUARI 2026.

Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah JAS Direman SPRM

Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar dan Timbalan Ketua Pengarah Alam Sekitar diiring anggota SPRM bagi permohonan reman disyaki meminta dan menerima rasuah ketika di Mahkamah Putrajaya. Foto MUHAIMIN MARWAN, 30 JANUARI 2026.