Hermi Abd Rohim dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai sesi rawatan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Pusat Terapi Patella Blind Massage, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 03 FEBRUARI 2026.
Encik Hermi Abd Rohim merupakan seorang tukang urut OKU penglihatan yang gigih menyara isteri dan anak kecilnya. Beliau mula menceburi bidang ini sejak tahun 1995 melalui latihan profesional di St. Nicholas’ Home sebelum memulakan perniagaan sendiri di Bandar Sri Petaling.
Menggunakan jari sebagai “mata”, kepakaran beliau terletak pada kepekaan deria sentuhan untuk mengenal pasti titik urat pelanggan dengan tepat. Sepanjang kerjayanya, beliau telah memberikan perkhidmatan kepada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk golongan profesional dan kenamaan, sekali gus membuktikan kemampuan luar biasa golongan OKU.
Kini, beliau berdepan cabaran persaingan tukang urut warga asing. Beliau berharap masyarakat terus menyokong pengusaha tempatan agar perniagaannya dapat menjadi platform rezeki buat rakan seperjuangan lain untuk terus berdikari dan dihargai.
Hermi Abd Rohim menggunakan perkhidmatan monorel menuju ke tempat kerjanya di Pusat Terapi Patella Blind Massage, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 03 FEBRUARI 2026.Hermi Abd Rohim berjalan kaki pulang dari tempat kerjanya menuju ke rumah di Pudu, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 03 FEBRUARI 2026.Hermi Abd Rohim menggunakan teknik urutan berasaskan deria sentuhan ketika merawat pelanggan di Pusat Terapi Patella Blind Massage, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 03 FEBRUARI 2026.Hermi Abd Rohim menggunakan teknik urutan berasaskan deria sentuhan ketika merawat pelanggan di Pusat Terapi Patella Blind Massage, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 03 FEBRUARI 2026.Hermi Abd Rohim, 50, membersihkan tilam selepas digunakan pelanggan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Terapi Patella Blind Massage, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 03 FEBRUARI 2026.Hermi Abd Rohim dalam perjalanan pulang ke rumahnya yang terletak di Pudu, Kuala Lumpur, selepas selesai sesi rawatan di Pusat Terapi Patella Blind Massage. Foto MUHAIMIN MARWAN, 26 JANUARI 2026Hermi Abd Rohim bersama isteri yang juga OKU buta, Siti Fairuz, dan anak tunggal mereka, Muhamad Faleeq sebelum keluar dari rumahnya di Pudu, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 26 JANUARI 2026