Pelaksanaan program Kampung Digital oleh kerajaan negeri Melaka sejak 2023 berjaya menyelesaikan masalah alamat tidak tepat yang sebelum ini menyebabkan surat, barangan dan pesanan makanan tersalah hantar.
Menerusi penggunaan alamat digital serta kod QR, penduduk kini menikmati urusan penghantaran yang lebih mudah, cepat dan tepat, selain membantu perkhidmatan kecemasan serta penyaluran bantuan kebajikan.
Inisiatif itu melibatkan lebih 82,000 premis di 657 kampung di seluruh Melaka.















