Wednesday, August 19, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Muhaimin Marwan

Muhaimin Marwan

179 Artikel 0 Komen

Stor Penyimpanan Vape Campuran Dadah Diberkas

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar menunjukkan barang rampasan pada sidang media berikutan kejayaan Polis Di Raja Malaysia menumpaskan stor penyimpanan dan pembungkusan vape campuran dadah di sekitar Klang dan Sindiket atas talian “call centre” di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Selangor. Foto MUHAIMIN MARWAN, 02 DISEMBER 2025.

Kejadian Tanah Runtuh di Taman United

Sebuah kenderaan mengalami kerosakan susulan kejadian tanah runtuh ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pangsapuri Sri Lempah, Taman United, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 24 NOVEMBER 2025.

Aksi Unit Anjing Pengesan K9 Jabatan Bomba

Anjing pengesan dari Unit Pengesan K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan pertunjukkan kebombaan pada Majlis Sentuhan Kejayaan YB Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Unit Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 17 NOVEMBER 2025.

Hujan Lebat di Kotaraya #Dailylife

Orang awam menggunakan payung pada waktu hujan selepas Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di 11 buah negeri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 16 NOVEMBER 2025

42 Tahun Berkhidmat, Hakim Besar Malaya Bersara

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim beramah mesra bersama kakitangan pada hari terakhir memegang jawatan Hakim Besar Malaya di Istana Kehakiman, Putrajaya. Foto MUHAIMIN MARWAN, 14 NOVEMBER 2025.

Menteri Agama Rasmi Kelas Bimbingan Fardu Ain OKU Pekak

Menteri H, Datuk Mohd Naim Mokhtar beramah mesra bersama peserta pada Majlis Perasmian Kelas Bimbingan Fardu Ain (KAFA) OKU Pekak di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 12 NOVEMBER 2025.

Konvensyen Parti Amanah Kecoh

Berlaku sedikit kekecohan selepas seorang perwakilan ditarik keluar oleh Anggota Skuad Arif pada Konvensyen Parti Amanah di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Shah Alam. Foto MUHAIMIN MARWAN, 09 NOVEMBER 2025.

Malam Gala ‘UM International Week’ 2025

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyampaikan cenderahati kepada pemenang persembahan budaya terbaik pada Majlis Malam Gala sempena 'Universiti Malaya International Week' 2025 di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 30 OKTOBER 2025

Pra Pelancaran Projek ‘I LITE U’

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming (empat kiri) bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr. Maimunah Mohd Sharif (tengah) melakukan gimik Pra Pelancaran Projek pencahayaan bandar ‘I LITE U’ di Dadi Cinema Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 29 OKTOBER 2025.

Himpunan Bantah Trump

Peserta memasukkan poster Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ke dalam guni bagi menyuarakan bantahan terhadap kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada Himpunan Bantah Trump di Dataran Merdeka. Foto MUHAIMIN MARWAN, 26 OKTOBER 2025