Wednesday, August 19, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Muhaimin Marwan

Muhaimin Marwan

179 Artikel 0 Komen

Pusara Tun Abdullah

Jemaah berdoa dan menziarahi pusara Perdana Menteri ke-5, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi yang selamat disemadikan semalam ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 16 APRIL 2025

Kastam Tumpaskan Sindiket Seludup Bunga Ganja

Penolong Ketua Pengarah JKDM Zon Tengah, Dr. Ahmad Taufik Sulaiman menunjukkan dadah jenis bunga ganja pada Sidang Media Kejayaan Kastam merampas dadah bernilai RM20.57 juta di KLIA, Sepang. Foto MUHAIMIN MARWAN, 14 APRIL 2025

Barangan Musnah, Dugaan Setiap Tahun Penduduk Sri Muda

Penduduk melakukan kerja-kerja pembersihan kawasan perumahan mereka yang terjejas akibat banjir ekoran hujan lebat yang berpanjangan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Taman Sri Muda, Shah Alam. Foto MUHAIMIN MARWAN, 12 APRIL 2025.

Meet Anwar @ IIUM, A Special Homecoming

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan warga UIAM pada majlis `Meet Anwar @ IIUM: A Special Homecoming' di Universiti Islan Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Gombak. Foto MUHAIMIN MARWAN, 11 APRIL 2025

Semoga Berjaya Abang Bomba! Mohd Fakhrul Munir

Pegawai Bomba Kanan (PBK) I, Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa diiring Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Nor Hisham Mohammad (kanan) sebelum berlepas ke Nepal membawa misi pendakian ke puncak tertinggi dunia, Gunung Everest menerusi Projek Pendakian Amal Bomba de Everest 'Mencari Hati Emas' di KLIA, Sepang. Foto MUHAIMIN MARWAN, 07 APRIL 2025

Sidang Media Khas Abang Belon, Za’imuddin Azlan

Reaksi Muhammad Za’imuddin Azlan selepas sidang media khas berkenaan insiden kekasaran melibatkan anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur Foto MUHAIMIN MARWAN, 06 APRIL 2025

5 Sahabat Beraya Bersama #RayaAidilfitri2025

Gelagat lima sahabat, (dari kiri) Hanif Aydin, Hanif Aryan, Alradiyansah, Krisan A/L Ramesan dan Royyan Aripin menziarahi rumah jiran pada hari raya keempat Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Flat Taman Muhibbah, Seri Kembangan. Foto MUHAIMIN MARWAN, 03 APRIL 2025

Keadaan Terkini Kebakaran Besar Saluran Paip Gas

Keadaan kebakaran besar yang turut memusnahkan rumah di sekitar akibat kebocoran saluran paip gas ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Putra Harmoni Putra Height, Subang Jaya, Selangor. Foto MUHAIMIN MARWAN, 1 APRIL 2025

Demi Sesuap Nasi Si Penjual Belon

Peniaga, Muhamad Supian mengelilingi membawa belon kanak-kanak untuk mencari pelanggan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 29 MAC 2025

Penumpang Kapal Terbang Balik Kampung #Aidilfitri

Warga kota mula pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di KLIA Terminal 1 dan 2, Sepang. Foto MUHAIMIN MARWAN, 28 MAC 2025