Muhaimin Marwan
Forensik Bawa Keluar Mayat Mangsa Helikopter Terhempas
Pasukan forensik polis membuat pemeriksaan mayat seorang jurutera Indonesia maut berhubung kejadian insiden helikopter Jenis Bell 206 -L4 terbakar dan terhempas selepas hilang kawalan di Bentong Fruits Farm jalan lama Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 6 FEBRUARI 2025
Keadaan Helikopter Terhempas di Bentong
Pasukan forensik melakukan siasatan berhubung kejadian helikopter Jenis Bell 206-L4 terbakar dan terhempas selepas hilang kawalan yang mengakibatkan jurutera maut di Bentong Fruits Farm jalan lama Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 6 FEBRUARI 2025
emart24 Terima Sijil Halal
Kakitangan emart24 menyediakan makanan selepas Pensijilan Halal cawangan emart24 Southville di Bangi, Selangor. Foto MUHAIMIN MARWAN, 05 FEBRUARI 2025
Dari Hobi Ke Peniaga Ikan Laga
Anis Abd Munir memeriksa kesihatan ikan laga sebelum dijual kepada pelanggan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Batu 3 Jalan Bangi, Semenyih. Foto MUHAIMIN MARWAN, 2 FEBRUARI 2025.
Ketua Pengarah JPJ Pada Operasi Khas Malam Tahun Baharu Cina
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli (kanan) melakukan pemeriksaan ke atas tayar bas ekspres sempena Operasi Khas dan Kempen Keselamatan Tahun Baharu Cina 2025 di TBS, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 28 JANUARI 2025
Demonstrasi PeSAWAH di Wisma Tani
Sebahagian ahli Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) berkumpul dan melakukan demonstrasi aman berkenaan harga lantai padi sebelum menghantar memorandum kepada Perdana Menteri di Wisma Tani, Putrajaya. Foto MUHAIMIN MARWAN, 27 JANUARI 2025.
Op Khas Motosikal Jabatan Pengangkutan Jalan
Anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melakukan pemeriksaan terhadap penunggang motosikal pada Op Khas Motosikal sempena Tahun Baharu Cina 2025 di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 25 JANUARI 2025
Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara 2024
Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Seri Mohamad Sabu bersama timbalannya, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa, Setiausaha Agung Amanah, Muhammad Faiz Fadzil serta barisan kepimpinan parti pada Perasmian Konvensyen Nasional 2024 Parti Amanah Negara di Hotel KSL Esplanade, Klang. Foto MUHAIMIN MARWAN, 25 JANUARI 2025
Anwar Ramah Mesra Dengan Warga UiTM Dengkil
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan pelajar dan kakitangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebelum menunaikan solat jumaat di UiTM campus Dengkil, Selangor. Foto MUHAIMIN MARWAN, 24 JANUARI 2025
Menteri Agama Umum Prestasi Kutipan dan Agihan Zakat 2024 PPZ-MAIWP
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar bergambar bersama penerima zakat mengikut kluster pada sidang media Prestasi Kutipan dan Agihan Zakat 2024 Wilayah Persekutuan di Hotel Zenith, Putrajaya. Foto MUHAIMIN MARWAN, 22 JANUARI 2025

















