Tuesday, November 26, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Muhammad Na'im Mohd Zamri

Muhammad Na'im Mohd Zamri

413 Artikel 0 Komen

LENSA MG | Hari Pertama Operasi Lebuhraya SUKE

Gelagat orang awam berswafoto dengan pemandangan ibu kota semasa pembukaan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) yang mula beroperasi jam 12 tengah hari pada 16 september, sekaligus dilihat mampu menjadi laluan alternatif utama di beberapa lokasi strategik iaitu MRR2, Jalan Ampang dan Jalan Loke Yew ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Lebuhraya (SUKE) Kuala Lumpur. Foto MUHD NA'IM, 16 SEPTEMBER 2022.

Sambutan Hari Malaysia 2022 di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menandatangani Buku Watikah Pengisytiharan pada sambutan Hari Malaysia 2022 di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Bandar Hilir, Melaka. Foto MUHD NA'IM, 16 SEPTEMBER 2022.

Menteri Kerja Raya Rasmi Fasa Pertama Pembukaan Lebuhraya SUKE

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof (dua kiri) diiringi Pengerusi Kumpulan Syarikat PROLINTAS, Datuk Idris Kechot (kiri) bergambar bersama selepas melancarkan pembukaan Lebuhraya Bertingkat Sungai besi- Ulu Kelang (SUKE) di Plaza Tol Bukit Teratai, Lebuhraya SUKE, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA'IM 15 SEPTEMBER 2022.

Alexander Nanta Linggi Rasmi Pembukaan Cawangan Baharu Lulu Hypermarket

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (tengah) membuat gimik Perasmian Cawangan Baharu Lulu Hypermarket di EcoHill, Semenyih. Foto MUHD NA'IM, 15 SEPTEMBER 2022.

Menteri Pengangkutan Tinjau Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong (tengah) meninjau Bilik Pusat kawalan Trafik selepas Majlis Pelancaran Program Keselamatan Penerbangan Kebangsaan di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur, Sepang. Foto MUHD NA'IM, 13 SEPTEMBER 2022.

Mahdzir Khalid di Majlis Penyampaian Watikah JPKKP Negeri Selangor

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid (tengah) dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar (dua kiri) menyampaikan Watikah Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Negeri Selangor di Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Putrajaya. Foto MUHD NA'IM, 12 SEPTEMBER 2022.

Radzi Jidin di Majlis Transformasi Pendidikan: Infrastruktur Selamat dan Kondusif

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin (kanan) melawat ke ruang pameran pada Majlis Transformasi Pendidikan: Infrastruktur Selamat dan Kondusif di Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya. Foto MUHD NA'IM, 12 SEPTEMBER 2022.

Azam Baki di Majlis Konvokesyen ‘1st MACC Law Enforcement Accredited Programme’

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki hadir pada Majlis Konvokesyen '1st MACC Law Enforcement Accredited Programme' 2022 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Foto MUHD NA'IM, 08 SEPTEMBER 2022.

PDRM Berjaya Tumpaskan Aktiviti Penyelewengan Minyak Diesel Bersubsidi #OpKontraban

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed (kiri) dan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor, Mohd Zuhairi Mat Radey (kanan) menunjukkan tangki yang disita susulan 11 lelaki ditahan terbabit dalam penyelewengan diesel subsidi menerusi Op Kontraban di Jalan Semenyih, Selangor. Foto MUHD NA'IM, 05 SEPTEMBER 2022.

KJ di Penutup Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Kebangsaan 2022

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (tengah) bersama Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Kebangsaan 2022, Dr. Fairoz Azlim Muslim (kanan) dan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Asymayani Khalib (kiri) bergambar bersama penduduk pada Majlis Perasmian Penutup Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Kebangsaan 2022 di Dataran PPR Seri Alam 2, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA'IM 04 SEPTEMBER 2022.