Noraini Razak
Ringgit dibuka rendah berbanding Dolar US
Ringgit dibuka rendah pagi ini berbanding dolar US, berikutan mata wang Amerika Syarikat itu yang kukuh mengekang permintaan terhadap unit tempatan, kata peniaga.
Mahkamah keluar waran tangkap Shahidan Kassim
Mahkamah Sesyen Kangar mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim selepas beliau gagal menghadirkan diri untuk menghadapi pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.
Bank pusat Singapura buat laporan polis terhadap artikel berkaitan 1MDB
Penguasa Kewangan Singapura (MAS) membuat laporan polis terhadap penulis artikel yang diterbitkan dalam www.statestimesreview.com pada 5 Nov lepas berhubung kenyataan yang didakwa palsu dan berniat jahat serta mempersoalkan integriti MAS sebagai pengawal selia kewangan.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini berikutan pasaran menerima berita mengenai prospek penurunan Petronas, selain aktiviti pengambilan untung menjelang hujung minggu.
Jentera kejar cukai LHDN telah diaktifkan
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengaktifkan jentera 'kejar cukai' pada November untuk menjejak mereka yang tidak mengisytihar cukai atau kurang membayar cukai.
Polis trafik KL kumpul RM700,000 sehari melalui diskaun saman
Seorang pekerja pula membawa RM17,000 tunai untuk menjelaskan 90 saman bagi pihak syarikatnya.
Kajian mendalam perlu bagi pendanaan awam hartanah, kata Daim
Kerajaan mempunyai niat yang baik dalam memperkenalkan inisiatif pendanaan awam hartanah, inovasi kewangan pertama di dunia, tetapi kajian yang mendalam perlu dilaksanakan, kata Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin.
Kerajaan PH perlu henti salahkan kerajaan lama, kata Daim
Kerajaan Pakatan Harapan perlu memberi tumpuan kepada usaha menunaikan janji kepada rakyat yang mengundi mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 dan melupakan apa yang berlaku pada masa lalu, kata Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin.
MB Negeri Sembilan masuk hospital semula
Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun yang baru-baru ini selamat menjalani pembedahan jantung telah dimasukkan semula ke hospital selepas dikesan mempunyai terlalu banyak kahak.
‘Geng Katik’ aktif curi motosikal di Alor Setar tumpas
Polis berjaya menumpaskan 'Geng Katik’ yang disyaki aktif melakukan kegiatan curi motosikal di sekitar bandar raya ini, susulan penahanan lapan individu dalam beberapa serbuan di sekitar daerah Kota Setar, Isnin lepas.

















