Sadiq Sani
Cosplay Squid Game Jadi Tarikan #Musim2
Peserta memakai cosplay karakter-karakter drama bersiri Squid Game bagi musim ke-2 di hadapan sebuah patung gergasi yang digelar 'Young-hee' sempena kempen mempromosikan drama bersiri tersebut ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Ampang, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 22 DISEMBER 2024
Gadis Miliki 250 Koleksi Haiwan Reptilia
Nina menunjukkan sesumpah jenis Veiled Chameleon di Brotherhood Reptiles, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 22 DISEMBER 2024
Pelawak Along Cham Mengaku Tidak Bersalah di Mahkamah
Pelakon dan pelawak, Along Cham mengaku tidak bersalah berkaitan pertuduhan memiliki dadah jenis ganja di Mahkamah Majistret Sepang. Foto SADIQ SANI, 20 DISEMBER 2024
Sorak Ayam di Musim Bah
Aksi ayam hutan yang dipertandingkan dalam acara sorak ayam ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Teluk Cering, Tumpat. Foto SADIQ SANI, 09 DISEMBER 2024
Dugaan Mangsa Banjir, Rumah Menyembah Bumi
Mangsa banjir, Mohd Hasbullah Che Harun berjalan dihadapan rumahnya yang musnah akibat dilanda banjir ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Baru Nelayan, Tumpat. Foto SADIQ SANI, 06 DISEMBER 2024
Sisi Lain Bencana Banjir, Ikan Patin Pembawa Rezeki
Seorang pemancing menunjukkan seekor ikan patin sungai seberat 10 kilogram yang berjaya dinaikkan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Gate 2, Tumpat. Foto SADIQ SANI, 06 DISEMBER 2024.
Suasana Banjir Kampung Tersang
Pemandangan udara keadaan sebuah kampung yang ditenggelami air banjir termenung ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Tersang, Rantau Panjang, Kelantan. Foto SADIQ SANI, 05 DISEMBER 2024
Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara
Kakitangan Jabatan Perairan dan Saliran (JPS) melakukan pemantauan mengenai situasi paras air sungai dan banjir semasa di Pusat Ramalan dan Amaran Banjir (PRABN), JPS Ampang, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 03 DISEMBER 2024
Imigresen Gempur Perkampungan Warga Asing
Antara pendatang asing diperiksan dan ditahan pada Operasi Bersepadu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di perkampungan warga asing di Pandan Mewah, Ampang. Foto SADIQ SANI, 26 NOVEMBER 2024
Allahyarham Tun Daim Dibebaskan Daripada Tuduhan, Toh Puan Na’imah Sebak
Isteri kepada bekas Menteri Kewangan, Toh Puan Na’imah Khalid beredar selepas Mahkamah Sesyen melepas dan membebaskan Allahyarham Tun Daim Zainuddin daripada pertuduhan gagal mengisytiharkan harta di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 20 NOVEMBER 2024