Mohd Safwan Mansor
Malaysia Menang Bergaya 2-1 Dengan Brunei
Pemain Malaysia, Mohamad Jafri Firdaus Chew (kanan) diasak dua pemain Brunei ketika perlawanan pertama pada Kejohanan Sukan Sea KL 2017 di Stadium Shah Alam, Selangor. foto SAFWAN MANSOR, 14 OGOS 2017
KJ Rasmi Pusat MPC dan IBC Sukan Sea KL2017
Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin beramah mesra dengan sebahagian wartawan selepas menyempurnakan Pelancaran Pusat Media Utama dan Pusat Penyiaran Antarabangsa sempena Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC). foto SAFWAN MANSOR, 10 OGOS 2017
DS Rosmah Hadir Ulang Tahun Majalah Wanita ke-48
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor (tengah) bergambar kenangan bersama dengan sebahagian individu yang pernah menghiasi kulit hadapan Majalah Wanita pada Majlis Ulang Tahun Penerbitan Majalah Wanita ke-48 di Ibupejabat Utusan Melayu, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 10 OGOS 2017
Pameran 1000 Patung Maskot Sukan SEA 2017
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pegawai Eksekutif Pavillion Retail Group, Datuk Joyce Yap bergambar bersama sebahagian daripada 1000 patung maskot Sukan SEA 2017 yang dipamerkan pada Majlis Pelancaran Lagu Tema Temasya dan Seribu Patung Rimau Sukan SEA KL 2017 di Perkarangan Pusat Membeli Belah Pavilion, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 08 OGOS 2017
Sultan Perak Rasmi Konvensyen Memperkukuh Pasak Negara
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan diiringi Pengerusi Panel Perunding Perpaduan Ummah-Majlis Dakwah Negara, Tan Sri Dr. Abdul Aziz Rahman (dua kiri) beramah mesra dengan sebahagian peserta konvensyen ketika berangkat tiba pada Konvensyen Memperkukuh Pasak Negara: Ke Arah Wasiat Lebih Tersurat di Hotel Marriot Putrajaya. foto SAFWAN MANSOR, 05 OGOS 2017
Pelancaran Yayasan Jamin
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar diiringi Pengerusi Yayasan Jamin, Datuk Sohaimi Shadan (kanan) bergambar bersama pemenang cabutan bertuah berupa motosikal, Muhd Mustaqim Jairudin (tengah) pada Majlis Pelancaran Yayasan Jamin di Bandar Baru Selayang. foto SAFWAN MANSOR, 30 JULAI 2017
Hishamuddin Rasmi Mesyuarat Perwakilan UMNO Bandar Tun Razak
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien diiringi Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar serta perwakilan mengibarkan bendera UMNO ketika menyanyikan lagu UMNO pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bandar Tun Razak di Institut Latihan Dewan Bandaraya, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 30 JULAI 2017
NGO Protes dan Mendesak Israel Hentikan Sekatan
Sekumpulan NGO yang diketuai oleh Presiden Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Amir Amsaa Alla Pitchay (duduk tengah) bersama sekumpulan NGO melaungkan kata-kata mendesak Israel menghentikan sekatan kepada umat islam dari memasuki Al Aqsa ketika mengadakan protes aman di hadapan Masjid India, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 28 JULAI 2017
Jambangan Bunga Untuk Lim Kit Siang
Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao (tengah) bersama bekas ahli DAP, Tony Tan (dua kanan) berbincang dengan anggota Polis Di Raja Malaysia (PDRM) bagi meminta kebenaran untuk masuk ke banggunan Parlimen Malaysia atas tujuan menyerahkan jambangan bunga kepada Penasihat DAP Lim Kit Siang berhubung isu Lim Kit Siang berjaya porak perandakan perpaduan melayu di luar Bangunan Parlimen Malaysia. foto SAFWAN MANSOR, 25 JULAI 2017
TPM Rasmi Model Banggunan Bersepadu ANGKASA
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (tiga kiri) bersama Presiden ANGKASA, Datuk Abdul Fattah Abdullah (dua kanan) serta sebahagian Ahli Lembanga ANGKSA bergambar dengan model Banggunan Bersepadu ANGKASA yang dilancarkan pada Majlis Sambutan Hari Raya Perdana ANGKASA 2017 di Dewan Tun Razak 2, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 21 JULAI 2017