Sunday, December 29, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Mohd Safwan Mansor

Mohd Safwan Mansor

207 Artikel 0 Komen

Daily Life – Ramadhan

Seorang peniaga songkok dan kopiah, Abdul Samad Ismat leka melayari internet melalui telefon pintar sementara menunggu pelanggan ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 03 JUN 2017

Donut Gergasi 2 Ringgit

Peniaga Kuih, Izzat Isma menunjukan kuih donut gergasi yang dijualnya dengan harga RM2 setiap satu ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Pasar Ramadhan, Jalan Kuching, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 03 JUN 2017

Sultan, Permaisuri dan Raja Muda Selangor Bersama Rakyat

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin berkenan bersalaman dengan rakyat selepas selesai solat maghrib pada Majlis Berbuka Puasa Sultan Selangor Bersama Rakyat Serta Perasmian Masjid An-Nur Temasya Glenmarie, Shah Alam. foto SAFWAN MANSOR, 02 JUN 2017

KDRM Rampas Mesin Judi

Ketua Pengarah Kastam DiRaja Malaysia (KDRM), Datuk T Subromaniam menunjukkan sebahagian komponen mesin judi yang dirampas KDRM di Semenyih pada sidang media di Bahagian Penguatkuasaan KDRM, Dengkil. foto SAFWAN MANSOR, 02 JUN 2017

Daily Life – Ramadhan

Hasnah Husien meluangkan masa membaca Al-Quran melalui telefon pintar sempena bulan Ramadhan ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 29 MEI 2017

Johan Qari, Qariah Dapat Proton Exora

Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (tengah) diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Seri Johan Abdullah (dua kiri) dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Badlisyah Abdul Ghani (dua kanan) menyerahkan replika kunci kereta Proton Exora sumbangan Tabung Haji kepada Johan Qari, Wan Fakrul Razi Wan Mohamad (kanan) dan Qariah, Normalina Alias (kiri) pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) ke 60 di Lembaga Tabung Haji, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 29 MEI 2017

PM Rasmi Ihya’ Ramadan Peringkat Kebangsaan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (tiga kanan) dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (tiga kiri) dan Duta Besar Kerajaan Arab Saudi di Malaysia, Syeikh Mahmud Hussin Qottan (dua kanan) melakukan gimik perasmian pada Majlis Penyampaian Kurma Sumbangan Penjaga Dua Tanah Suci Dan Pelancaran Ihya' Ramadan Peringkat Kebangsaan di Masjid Putra, Putrajaya. foto SAFWAN MANSOR, 26 MEI 2017

Laporan Tahunan Program Transformasi Negara

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi barisan menter kabinet bergambar kenangan dengan sebahagian penerima manfaat program Transformasi Negara selepas pembentangan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (NTP) di Dewan Agong Tuanku Cancelor UiTM Shah Alam. foto SAFWAN MANSOR, 23 MEI 2017

Idris Jusoh Hadir Persidangan Pengajian Tinggi Kebangsaan 2017

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh bersama Presiden Penaja Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS), Tunku Al-Abidin Tuanku Muhriz (dua kiri), Ahli Majlis Bersekutu Yayasan Sime Darby, Tan Sri Wan Mohd Zahid Mohd Noordin (kanan), Pengerusi Pengajian Tinggi IDEAS, Tan Seri Dzulkifli Abdul Razak (dua kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, Wan Saiful Wan Jan (kiri) melihat kertas kerja pada Persidangan Pengajian Tinggi Kebangsaan 2017 di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara. foto SAFWAN MANSOR, 23 MEI 2017

Pemakaian Pangkat Angkatan Pertahanan Awam

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tunku Jaafar (tengah) memeriksa perbarisan anggota Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) pada Majlis Pemakaian Pangkat dan Watikah Lantikan Kehormat dan Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam di Wisma Sumber Asli, Putrajaya. foto SAFWAN MANSOR, 22 MEI 2017