Friday, December 27, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Mohd Safwan Mansor

Mohd Safwan Mansor

207 Artikel 0 Komen

Seni Negaraku

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak bergambar kenangan dengan sebahagian pelajar pada Majlis Perjanjian Persefahaman (MoU) Program Pertandingan Seni Negaraku antara Kementerian Pendidikan dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. foto SAFWAN MANSOR, 19 APRIL 2017

Najib Razak Pecah Tanah Pangsapuri Kampung Sungai Udang

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendengar penerangan dari Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Amin Nordin (kanan) ketika melihat replika Pangsapuri Bandaraya @Sungai Udang selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Pangsapuri Bandaraya @ Sungai Udang di Kampung Sungai Udang, Segambut, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 17 APRIL 2017

Dadah Syabu di Rampas PDRM

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Mohd Mokhtar Shariff menujukkan sebahagian bungkusan dadah jenis syabu yang dirampas dari 2 suspek warga Nigeria pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman. foto SAFWAN MANSOR, 17 APRIL 2017

Tiong Lai Rasmi MAPEX 2017

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai (kanan) tertarik melihat salah satu replika kondominium pada Majlis Perasmian Malaysia Property Exposition (MAPEX) 2017 di Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 15 APRIL 2017

Resolusi Kongres Budaya 2017 Untuk Najib Razak

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima Resolusi Kongres Budaya 2017 daripada Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr. Rais Yatim (tiga kanan) sebagai gimik Perasmian Kongres Budaya 2017 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. foto SAFWAN MANSOR, 15 APRIL 2017

Putera Mahkota Jepun Tanam Pokok di Universiti Malaya

Sultan Perak merangkap Canselor Universiti Malaya, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (kiri) berkenan mengiringi Putera Mahkota Jepun, Putera Kotoishi Naruhito (tengah) menanam pokok ketika membuat lawatan ke Universiti Malaya, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 14 APRIL 2017

Putera Mahkota Jepun Kunjungi PERMATA Pintar

Reaksi ceria Putera Mahkota Jepun, Putera Kotoishi Naruhito (dua kiri) diiringi Penaung PERMATA Negara, Datin Seri Rosmah Mansor (empat kiri) dan Duta Jepun ke Malaysia, Dr. Makio Miyagawa (empat kanan) mendengar penjelasan dari dua pelajar PERMATA Pintar Negara ketika meluangkan masa melawat Pusat PERMATA Pintar Negara di Bangi, Selangor. foto SAFWAN MANSOR, 14 APRIL 2017

Ismail Sabri Rasmi Bazar MARA Semenyih

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diiringi ADUN Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz (kanan) sempat meluangkan masa mendapatkan khidmat gunting rambut ketika melawat peniaga-peniaga bazar pada Majlis Perasmian Bazar MARA Semenyih. foto SAFWAN MANSOR, 13 APRIL 2017

Hishamuddin Sambut Kunjungan Hormat Ketua Setiausaha Muslim World League

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien bersalaman bersama Ketua Setiausaha Muslim World League merangkap penasihat kepada Arab Saudi, Abdul Kareem Al-Issa (kiri) ketika menerima kunjungan hormat di Kementerian Pertahanan Malaysia, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 12 APRIL 2017

Ku Nan Tinjau Gelanggang Petanque Sukan Sea 2017

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menunjukkan kebolehannya mencuba permainan Petanque pada Majlis Perasmian Taman Pudu Ulu Fasa 2 dan Tinjauan Projek Gelanggang Petanque sempena Sukan Sea 2017 di Cheras, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 10 APRIL 2017