Thursday, December 26, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Mohd Safwan Mansor

Mohd Safwan Mansor

207 Artikel 0 Komen

Agong Sambut Raja Arab Saudi di Dataran Parlimen

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V (tengah) bersama Raja Arab Saudi, Raja Salman AbdulAziz Al Saud (kiri) berkenan berdiri memberi tanda hormat ketika lagu kebangsaan Negaraku dimainkan turut serta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) sempena kunjungan rasmi ke Malaysia di Dataran Parlimen, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 26 FEBRUARI 2017

Konsert The Musical Journey of Zainal Abidin

Lagu Memori Luka menjadi pembuka tirai persembahan Kumpulan Headwind pada Konsert The Musical Journey of Zainal Abidin sempena ulang tahun ke 35 Kumpulan Headwind di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 25 FEBRUARI 2017

KEDUTAAN KOREA UTARA KECOH SEKETIKA

Para wartawan mengelilingi kenderaan MPV jenis Toyota bernombor pendaftaran 28-64-DC yang dinaiki kakitangan Kedutaan Korea Utara ketika tiba di perkarangan kedutaan tersebut di Bukit Damansara, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 22 FEBRUARI 2017

Sidang Media Khas Bedah Siasat Mayat Warga Korea Utara

Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah (tengah) berbincang dengan Pengarah Institut Perubatan Forensik Negara, Dr. Mohamad Shah Mahmood (dua dari kanan) beredar selepas sidang media khas pemeriksaan bedah siasat ke atas lelaki Korea Utara yang dipercayai Kim Jong Nam yang terbunuh di KLIA2 baru-baru ini. foto SAFWAN MANSOR, 21 FEBRUARI 2017

DS Najib Rasmi Persidangan Antarabangsa Agama dan Kelestarian Tamadun

Reaksi ceria Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Pengerusi IKIM Tun Abdullah Ahmad Badawi merasmikan " Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Silver Jubilee Celebration and Latest Book' sempena Persidangan Antarabangsa Agama dan Kelestarian Tamadun di IKIM, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 20 FEBRUARI 2017

Subramaniam Lancar Cancerfly Employment Portal & CanBazaar HKL 2017

Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam melakukan gimik pelancaran 'Cancerfly Employment Portal & CanBazaar HKL 2017' di Hospital Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 20 FEBRUARI 2017

MUKA DEPAN AKHBAR TEMPATAN JADI TUMPUAN

Seorang wartawan asing membaca surat khabar tempatan yang memaparkan berita kes pembunuhan abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un, Kim Jong-Nam sementara menanti bersama puluhan wartawan lain dihadapan Rumah Mayat Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan berita terkini tentang kes tersebut. foto SAFWAN MANSOR, 17 FEBRUARI 2017

JAMAL YUNOS SERAH BUKTI DI SPRM

Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Jamal Md Yunos menunjukkan dokumen bukti penyelewengan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor keatas dana Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) yang diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam, Selangor. foto SAFWAN MANSOR, 16 FEBRUARI 2017

Dipercayai Kenderaan Milik Kedutaan Korea Utara di HKL

Beberapa anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dilihat berkawal berhampiran kereta dipercayai milik Kedutaan Korea Utara di Malaysia yang dilihat berada di perkarangan Rumah Mayat Hospital Kuala Lumpur berikutan kematian abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, Kim Jong-Nam yang mati dibunuh di KLIA2 Sepang, semalam. foto SAFWAN MANSOR, 15 FEBRUARI 2017

SELANGOR TEWAS DI TANGAN N.SEMBILAN – PIALA FA

Penjaga gol dan pertahanan N.Sembilan berjaya menghalang percubaan pemain Selangor FA, Adam Nor (kiri) pada aksi pusingan kedua Piala FA di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. N.Sembilan menang penentuan sepakan penalti dengan keputusan 4-3 Selangor. foto SAFWAN MANSOR, 14 FEBRUARI 2017