Friday, December 27, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Mohd Safwan Mansor

Mohd Safwan Mansor

207 Artikel 0 Komen

Najib dan KJ Sertai Hari Sukan Negara 2017

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin bersama atlet negara dan para peserta melakukan senaman ringan pada Majlis Perasmian Hari Sukan Negara 2017 di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 14 OKTOBER 2017

KJ Rasmi Festival InvestSmart

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin diiringi Pengarah LINK dan Pejabat Wilayah Bank Negara Malaysia (BNM), Datin Arlina Ariff (dua kanan) mengisi borang kaji selidik dalam talian ketika meluangkan masa melawat tapak pameran Bank Negara Malaysia selepas menyempurnakan perasmian Festival InvestSmart di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 13 OKTOBER 2017

KL Daily Life – Menara Ikonik Masjid Negara

Dua pekerja kontraktor penyelenggaraan dilihat melakukan kerja-kerja membaik pulih permukaan menara ikonik ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Masjid Negara, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 11 OKTOBER 2017

KL Daily Life – Mural

Seorang wanita melintasi mural yang menghiasi dinding sebuah gerai di Jalan Hang Kasturi, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 11 OKTOBER 2017

Pelancaran Teater Bahara Emas

Pelakon, Farahdhiya (kiri) membawa watak utama sebagai Tun Fatimah dalam pementasan teater berjudul Bahara Emas anjuran SPRM, DBP dan ASWARA sempena sambutan 50 tahun SPRM pada Majlis Pelancaran di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 09 OKTOBER 2017

Ikrar Bebas Rasuah Warga Kerja NAFAS

Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Datuk Seri Saipolbahari Suib (dua kanan), Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang, Datuk Salim Taha (kanan), Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Shamshun Baharin Mohd. Jamil (tiga kanan) bersama sebahagian 310 warga kerja NAFAS bergambar dengan menunjukkan simbol Gerakan Revolusi Anti Rasuah (GERAH) selepas serta yang lain pada Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah yang dihadiri 310 warga kerja NAFAS di Ibupejabat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Kota Damansara, Petaling Jaya. foto SAFWAN MANSOR, 09 OKTOBER 2017

Hari Pertama Peperiksaan PT3 – 2017

Sebahagian pelajar tingkatan 3 kelihatan tekun menjawab soalan kertas Bahasa Melayu pada hari pertama peperiksaan PT3 ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 09 OKTOBER 2017

Zahid Rasmi Mesyuarat Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (tengah) bersama Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (enam kiri) bergambar bersama barisan delegasi Asean selepas merasmikan Majlis Mesyuarat Peringkat Menteri-Menteri dan Pegawai Kanan Asean mengenai Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 06 OKTOBER 2017

Pengebumian Allahyarhamah Datuk Maznah Hamid

Datuk Seri Shaheen Mirza Habib (tengah) suami kepada Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn Bhd yang juga dikenali sebagai ‘Iron Lady', Allahyarhamah Datuk Maznah Hamid menyiram air mawar dipusara isterinya selepas selesai dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 05 OKTOBER 2017

Iron Lady – Allahyarhamah Datuk Maznah Hamid Meninggal Dunia

Ahli keluarga dan sahabat handai dilihat hadir memberi penghormatan dengan membacakan Surah Yassin kepada jenazah Allahyarham Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn Bhd yang juga dikenali sebagai ‘Iron Lady', Datuk Maznah Hamid yang meninggal dunia akibat mengalami komplikasi susulan pembedahan jantung pada 28 September lalu di Ukay Height, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 04 OKTOBER 2017