SPRM
SPRM

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melahirkan rasa terkejut dengan perkembangan terkini mengenai Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang dibebaskan daripada kes rasuah.

Menurut satu kenyataan, SPRM berkata, pihaknya tidak menjangkakan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menggugurkan kes berkenaan.

“SPRM amat terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini yang membebaskan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng daripada tuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah lot banglo dan tuduhan bersubahat dihadapi ahli perniagaan, Phang Li Koon selepas pihak pendakwaan menarik balik kes itu.

“SPRM ingin menegaskan bahawa keputusan menarik balik kes tersebut telah diputuskan oleh Pejabat Peguam Negara dan bukannya daripada SPRM,” demikian menurut kenyataan berkenaan.

Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Datuk Hadhariah Syed Ismail membebas dan melepaskan Guan EngĀ  daripada tuduhan itu atas alasan pihak pendakwa menarik balik tuduhan padanya dan ahli perniagaan Phang Li Koon.

Guan Eng didakwa bersama Phang di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang George Town, menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Kedua-dua mereka menghadapi tuduhan berkenaan ekoran urusan jual beli sebuah banglo di Jalan Pinhorn, George Town, di bawah harga pasaran semasa. -MalaysiaGazette

Guan Eng dan Phang bebas daripada pertuduhan rasuah