Dr Ibrahim Ali
Dr Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) bimbang jika cadangan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskrminasi Kaum (ICERD) ditandatangani, ia akan mematikan Perkara 153.

Presidennya, Datuk Paduka Dr Ibrahim Ali berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak seharusnya terburu-buru dalam menyetujui cadangan itu dan harus cermat supaya ia tidak memusnahkan masa depan orang Melayu dan negara khususnya.

“Kalau ICERD ditandatangani juga, bererti Akta 153 turut akan mati. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy begitu ganas sekali apabila membangkitkan perkara ini dan mengatakan kerajaan (PH) turut menyokong.

“Saya mengajak orang Melayu dan umat Islam yang ada roh Melayu, semangat Melayu bersama saya (Perkasa) menentang habis-habisan usaha hendak menghapuskan ratifikasi ICERD dan Akta Hasutan,” katanya kepada media di pejabatnya di sini, hari ini.

Perkara 153 memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga kedudukan keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera.

Mengulas lanjut, Menurut Ibrahim, sebelum ini Malaysia di bawah kerajaan Barisan Nasioal (BN) dengan UMNO mendominasi parti juga orang Melayu tidak terbela, ini ditambah pula dengan kerajaan baharu yang berusaha hendak menghapuskan hak orang Melayu.

Katanya, kalau perkara itu terjadi, beliau tidak menolak kemungkinan Malaysia akan menjadi Palestin kedua, iaitu hilang hak millik sendiri.

“Mungkin ada perbezaan, di Palestin ada zionis, di sini tak ada zionis, tapi bila satu-satu bangsa sudah berpecah belah, sudah tentulah negara kita akan tergadai.

“Bila ekonomi lemah, mereka tuduh orang Melayu malas, tak pandai guna peluang yang ada. Tapi tuduhan itu tidak secara umum. Saya tidak boleh terima.

“Bangsa lain pun ada masalah macam kita juga, tapi kenapa Melayu yang dituduh? Dan Kerajaan ratifikasi enam triti hak asasi suku pertama tahun depan agak menyedihkan yang menuduh itu adalah pemimpin Melayu juga. Pemimpin yang tidak sedar diri,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Kerajaan ratifikasi enam triti hak asasi suku pertama tahun depan

ARMADA selar kenyataan Waytha Moorthy

Pemuda UMNO, NGO, peguam bantah ratifikasi ICERD

Beri sokongan petisyen bantah ratifikasi ICERD

Mengapa cadangan ratifikasi ICERD tidak rujuk Majlis Raja-Raja? – MPM

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast