KUALA LUMPUR – Perbuatan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri SA Vigneswaran melanggar undang-undang keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disifatkan sebagai tindakan terkutuk.
Timbalan Presiden Parti Tindakan Hak Minoriti (MiRA), S. Gobi Krishnan ketika mengulas isu itu berkata, perbuatan Presiden MIC itu menunjukkan pemimpin Barisan Nasional (BN) masih lagi terus menerus mencabar kedaulatan undang-undang negara.
“Seolah mereka ini masih kebal dari sebarang tindakan undang-undang dan tidak perlu mematuhi peraturan,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini, semalam.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook yang mendakwa SA Vigneswaran menceroboh ruang keselamatan dengan melalui kawasan laluan VIP tanpa menjalani prosedur pemeriksaan badan di KLIA pada 14 November lalu.
Sementara itu, SA Vigneswaran dalam kenyataannya kepada MalaysiaGazette meminta Anthony Loke tidak mengamalkan sikap ‘berat sebelah’ dengan hanya mendengar satu pihak sahaja sebelum membuat sebarang kenyataan.
Beliau mohon ‘mentaliti’ pembangkang yang ada pada pemimpin DAP itu segera diubah dan jangan membuat keputusan melulu yang akhirnya memalukan diri sendiri.
Jelas SA Vigneswaran, kenyataan memburukkan beliau adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dan mengakui mungkin akan mengambil tindakan perundangan.
Menurut S. Gobi lagi, kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan (PH) harus segera mengambil tindakan menahan pemimpin MIC itu, bukan hanya sekadar memintanya memohon maaf.
Ini kerana, katanya, SA Vigneswaran telah melanggar Akta 298 Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 yang memperuntukan tindakan penahanan dan hukuman penjara dua tahun jika sabit kesalahan.
“Kita juga mohon agar jawatan Senator dan jawatan Yang Dipertua Dewan Negara yang disandang beliau dilucutkan segera kerana jelas tidak mematuhi undang-undang negara.
“Sepatutnya dalam Malaysia Baharu tidak lagi wujud sisa-sisa Malaysia lama seperti ini,” ujarnya. – MalaysiaGazette
MIRA jika berani, tunjuk keberanian anda utk mungutuk Parti komponen anda PKR yg merampas kuota kerusi India Parlimen PD dan Kerusi DUN Rantau. Atau pun suruh Tun Daim letak Jawatan yg memakai Chapal masuk ke Kaunter VIP di Airport juga ke China utk perbincanga ECRL..
Tambahan terdapat banyak isu2 yg amat penting bagi Minoriti di Negara kita.
Jangan menggunakan cheap publiciti utk menunjukan heroism anda. Peringkatan Jawatan President Senate adalah perlantikan DYMM yg dipertuan Agong. Jangan cabar Agong.
Sebelum mengutuk orang lain, Anda tolong memastikan Parti anda dah ke belum.
Ahli Parti pun tak sampai seribu orang kenapa nak menunjuk gaya seperti super hero. Terdapat banyak cara utk mendapatkan populariti malangnya jangan menggunakan taktik yg terkotor dan terhina seperti ini.
Agong