Pengerusi DAP Sabah Datuk Stephen Wong Tien Fatt hari ini berkata parti itu menyokong pendirian Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal agar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak melebarkan sayap ke negeri berkenaan.
Pengerusi DAP Sabah Datuk Stephen Wong Tien Fatt hari ini berkata parti itu menyokong pendirian Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal agar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak melebarkan sayap ke negeri berkenaan.

KOTA KINABALU – Pengerusi DAP Sabah Datuk Stephen Wong Tien Fatt hari ini berkata parti itu menyokong pendirian Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal agar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak melebarkan sayap ke negeri berkenaan.

Wong yang juga Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat negeri, berkata DAP Sabah gembira bekerjasama dengan kerajaan pimpinan Mohd Shafie untuk memastikan rakyat negeri itu menikmati kehidupan lebih baik.

“Di bawah pimpinan Mohd Shafie, kerajaan negeri Sabah yang baharu sedang berusaha mengembalikan negeri ke landasan yang betul,” katanya dalam kenyataan di sini.

Wong yang juga Anggota Parlimen Sandakan, berkata beliau yakin Sabah akan semakin maju di bawah kepimpinan Mohd Shafie yang berpandangan jauh dan mengamalkan kesederhanaan serta keterbukaan dalam memupuk perpaduan dan keharmonian antara kaum di negeri itu.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast