Tun Faisal Ismail Aziz
Tun Faisal Ismail Aziz

KUALA LUMPURĀ – Pengakuan berani Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa jawatannya sebagai Perdana Menteri ditentukan oleh sekutunya, DAP adalah sesuatu dijangka malah mendapat cemuhan pelbagai pihaknya khususnya orang Melayu yang memberi undi kepada Pakatan Harapan (PH).

Mantan Panel Pemikir dan Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Tun Faisal Ismail Aziz dalam ciapannya hari ini menyifatkan percaturan itu sebagai sesuatu yang memalukan.

“Orang PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) memang tak ada maruah, jawatan Perdana Menteri pun ihsan DAP. Memalukan,” katanya menerusi ciapan laman sosial Twitter, hari ini.

Semalam, Dr Mahathir mengakui DAP memainkan peranan penting dalam menentukan segala perkara dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) termasuk berkaitan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.

Dr. Mahathir berkata, pada awalnya, DAP adalah sebuah parti seteru namun keadaan telah berubah menjadikan parti tersebut sebagai rakan sekutu kepada PPBM di bawah PH.

Malah Dr Mahathir mendedahkan lagi, kedudukan beliau sebagai pengerusi PH serta jawatan mana-mana pemimpin PH juga dicaturkan oleh DAP yang dilihat sebagai parti dominan dalam gabungan itu selepas mengambil alih negara.

Sementara itu, seorang netizen yang menggunakan gelaran Ismet Ulam Raja pula meninggalkan maklum balas mengenai isu berkenaan dengan menyindir pengundi PH yang memberi undi kepada DAP untuk berkuasa.

“Wah tahniah pengundi PH!!! Undi PH, undi DAP. Jawatan Perdana Menteri pun DAP tentukan. Atuk cuba nak letak pemberat ke DAP ke ni? Anwar naik ke tak pun DAP tentukan la ni,” katanya menerusi ciapan di laman sosial Twitter. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Selain Melayu, kaum Cina mempunyai bilangan Penduduk kedua terbanyak. Ini realiti.

    Menafikan Kaum Cina penting dlm percaturan kuasa politik Negara Ada lah satu pemikiran cetek dlm process democracy.

    Sekurang2 nya Tun M berterus terang dlm perkara ini.

    “Tun” Faizal, UMNO Mau pun PAS, selagi kamu semua menafikan nya, maka jadi lah kamu semua pembangkang yg tegar utk selama nya.

Comments are closed.