Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Harga runcit RON95 dan RON97 masing-masing turun sebanyak satu sen seliter kepada RM1.92 dan RM2.22 seliter.

Tetapi harga runcit harga runcit diesel naik sebanyak satu sen seliter iaitu daripada RM2.04 seliter kepada RM2.05 seliter.

Harga baharu itu berkuatkuasa tengah malam ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, harga runcit produk petroleum itu adalah bagi tempoh 12 Januari 2019 sehingga 18 Januari 2019.

Ia merupakan minggu kedua pelaksanaan kaedah apungan terkawal di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM) susulan penurunan harga minyak antarabangsa.

Harga minyak dunia mula merosot sejak November tahun lalu kepada sekitar AS$54 setong berikutan lebihan bekalan daripada Amerika Syarikat dan kelembapan ekonomi.

Sejak Jun tahun lalu, kerajaan Pakatan Harapan telah menetapkan harga RON95 sebanyak RM2.20 seliter dan RM2.18 seliter bagi diesel melalui pemberian subsidi.

Hanya RON07 dikenakan apungan harga. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.