Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak tahu perkembangan berkenaan projek pembinaan Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) yang terkini.
Beliau juga memaklumkan tidak mengetahui sama ada kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pelaksanaan (EPCC) telah ditamatkan seperti laporan berita sebelum ini.