PUTRAJAYA- Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menangguhkan perbicaraannya ke atas tujuh pertuduhan yang mempunyai kaitan dengan SRC International Bhd.
Tiga hakim Mahkamah Rayuan, Ahmadi Asnawi, Mohamad Zabidin Mohd. Diah dan Yew Jen Kie membenarkan permohonan tersebut.
Tarikh perbicaraan akan ditentukan selepas mahkamah mendapat keputusan berhubung rayuan Najib untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan pendakwa raya menarik balik sijil pemindahan.
Perbicaraan tersebut sepatutnya dimulakan esok.- MalaysiaGazette