Penganalisis Jenayah, Kamal Affandi Hashim.

KUALA LUMPUR – Respon dan sikap mangsa kes keganasan rumah tangga yang mudah termakan pujuk rayu dikatakan faktor kejadian seperti itu berlarutan.

Selain itu, sikap mudah termakan pujuk rayu itu menjadikan pelaku jenayah terus melakukan perbuatan yang sama secara konsisten.

Penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim berkata, kebolehan pelaku memanipulasi  dengan kata-kata manis menjadi pasangan yang sering dikasari itu percaya terhadap janji tidak akan dipukul dan didera lagi.

“Saya tahu di mana satu hubungan yang tidak sihat bergaduh tetapi nak kekal bersama, sebab motivasi lain. Sebab lepas itu (dipukul) mesti dipujuk, dibawa bercuti, diberikan hadiah, dijanjikan itu ini, diberikan kereta baharu,  dipujuk itu sweet moment (saat manis) yang dianggap menarik.

“Bila memujuk, kepandaian raksasa (pelaku) ini sangat baik mereka a good manipulator (pemanipulasi yang baik),” katanya yang menjadi salah satu panel Forum Menangani Gangguan Seksual dan Keganasan Rumah Tangga Sempena Hari Wanita 2019 di sini hari ini.

Apatah lagi pasangan yang mempunyai suami mahu pun isteri yang memilih untuk membisu dan tidak membuat aduan kepada pihak berkuasa, ia sudah tentu merupakan satu kelebihan kepada pelaku.

“Penjenayah seperti ini mempunyai fikiran yang positif iaitu mereka merasakan  sentiasa terlepas (daripada tindakan undang-undang) apabila melihat respon mangsa daripada mula tidak mahu bercakap dan berdiam diri kepada sesiapa (buat aduan).

“Respon yang diberikan membuat mereka rasa ada peluang buat begitu lagi,” tambah Kamal Affandi lagi.

Begitu juga halnya dengan kes gangguan seksual yang berlaku dan mangsa harus memberikan respon yang jelas terhadap pelaku, katanya.

Namun Felo Kanan Pusat Ekonomi dan Kemasyarakatan IKIM, Siti Fatimah Abdul Rahman pula berpendapat, individu yang melakukan gangguan seksual bertindak sedemikian kerana menerima signal yang salah daripada mangsanya.

MGF08032019_Forum Menangani Gangguan Seksual dan Keganasan Rumah Tangga_04
Felow Kanan Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Siti Fatimah Abdul Rahman berucap pada Forum Menangani Gangguan Seksual dan Keganasan Rumah Tangga sempena Hari Wanita 2019 di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Bukit Kiara, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 08 MAC 2019

“Contohnya, selain wanita yang berpakaian seksi itu dikatakan sebagai satu persetujuan untuk gangguan seksual dilakukan terhadapnya, ini adalah signal yang salah,” katanya. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

 

https://malaysiagazette.com/blog/2019/03/08/perintah-perlindungan-mangsa-keganasan-perlu-dilanjutkan/