Setiausaha Politik Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani diiringi Pegawai SPRM tiba untuk permohonan reman kerana disyaki menerima jam tangan mewah bernilai kira-kira RM28,000 di Mahkamah Majistret Putrajaya, Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 02 APRIL 2019

PUTRAJAYA – Mahkamah Majistret Putrajaya di sini hari ini membebaskan seorang setiausaha politik menteri, sehari lebih awal daripada tempoh empat hari reman yang sebelum ini dipohon terhadapnya bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menerima suapan berbentuk seutas jam berjenama Omega dianggarkan bernilai RM28,000.

Perintah tamat reman terhadap lelaki berumur 47 tahun itu dikeluarkan Majistret Noraisyah Mohd Yusof.

Lelaki itu ditahan kira-kira pukul 5.00 petang di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, Isnin lepas ketika hadir memberi keterangan, dan direman sejak Selasa dengan tempoh remannya sepatutunya berakhir esok.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata suspek dibebaskan awal dari tahanan reman, dan ia adalah proses biasa apabila siasatan selesai awal.

Majistret Noraisyah turut menetapkan lelaki itu dibebaskan dengan jaminan SPRM RM10,000 dan seorang penjamin.

Menurut sumber SPRM sebelum ini, siasatan awal mendapati lelaki itu dipercayai menerima jam tangan mewah sebagai dorongan bagi membolehkan sebuah syarikat pembangunan mendapatkan projek di bawah kelolaan kementerian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

— BERNAMA

Artikel berkaitan: 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast