KUALA LUMPUR- Warganet hari ini menegur kesilapan dalam kenyataan Pejabat Perdana Menteri yang mengatakan kerajaan telah memeterai perjanjian tambahan projek Landasan Rel Pantai Timur (ECRL) dengan Republic of China yang secara rasmi merujuk kepada Taiwan.
Sedangkan ia sebenarnya melibatkan negara dengan China.
Selepas perang saudara pada tahun 1949 di China, kerajaan (Republic of China) kehilangan kuasa terhadap tanah besar China kepada Parti Komunis yang kemudiannya menubuhkan People’s Republic of China (PRC) dan mengawal keseluruhan tanah besar.
Hanya kawasan pula di Taiwan sahaja di bawah kuasa ROC.
“Tahulah excited nak announced before PRK Rantau esok tetapi janganlah sampai buat malu PMO. Ke sekarang memang deal dengan Taiwan pulak?” kata Najib Shaari dalam satu hantaran di Facebooknya.
Terdahulu, PMO mengeluarkan satu kenyataan media memaklumkan projek ECRL diteruskan dengan kos yang lebih rendah iaitu RM44 bilion selepas kedua-dua negara memeterai perjanjian tambahan.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
https://malaysiagazette.com/blog/2019/04/12/ecrl-diteruskan-kos-turun-kepada-rm44-bilion/