Wee Ka Siong

KUALA LUMPUR – Presiden MCA sinis dengan pelantikan Datuk Seri Lajim Ukin yang dilantik Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai pemerhati untuk Pilihan Raya Kecil Sandakan.

Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, Lajim adalah bekas Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah dan kini menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Katanya, PPBM ialah parti gabungan yang membentuk Pakatan Harapan (PH) yang juga disertai DAP.

DAP  pula telah meletakkan calonnya untuk bertanding dalam PRK Sandakan.

“Oh! Inikah pilihan raya yang telus era Malaysia Baru?,” sindirnya sambil menyatakan adalah lebih baik melantik Tun Dr Mahathir Mohamad atau Lim Guan Eng sebagai pemerhati pilihan raya.

lajim

Lajim UkinSPR hari ini memaklumkan pemilihan Lajim sebagai pemerhati pilihan raya semasa hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen P.186 Sandakan dibuat atas kapasiti beliau sebagai ahli Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem Pembaikan dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) dan bukan mewakili parti politik yang dianggotai.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhari Azizan Harun berkata, seseorang pemerhati perlu menepati kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh badan tersebut antaranya, agensi kerajaan berkelayakan, badan bukan kerajaan (NGO) atau organisasi berkelayakan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

SPR juga turut menyediakan akujanji untuk ditandatangani oleh pemerhati yang dilantik dan merupakan ikrar yang perlu dipatuhi semasa bertugas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast