Foto Instagram Mawar Karim

KUALA LUMPUR – Pelakon dan usahawan terkenal, Fizo Omar mengakui, dia memerlukan masa untuk memberi penjelasan mengenai dakwaan rumah tangga dengan isterinya, Mawar Abdul Karim yang berdepan kemelut ketika ini.

Fizo memberitahu, dia belum bersedia untuk memberi sebarang komen berkaitan masalah yang sedang dihadapinya.

“Saya tidak boleh beri sebarang kenyataan buat masa ini. Berilah saya masa sikit. Bila semua sudah okey barulah saya akan beri kenyataan kepada media.

“Saya mohon maaf kerana tidak dapat menjawab panggilan. Buat masa ini lebih baik saya tidak beri sebarang komen. Saya akan tampil memberi penjelasan kepada semua pihak apabila sampai masanya nanti,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Ditanya sama ada dia dan Mawar sudah tidak tinggal sebumbung, Fizo terus mengunci mulut.

Terdahulu, laporan kolum sisipan sebuah akhbar mendakwa, Mawar sudah menemui peguam untuk mendapatkan nasihat berhubung perkara berkenaan.

Mawar yang dihubungi media turut enggan memberi sebarang penjelasan.

Sebelum ini, mahligai pasangan terbabit dikatakan berdepan masalah dan mula menjadi bualan ramai apabila Fizo meraikan Aidilfitri berasingan dengan isteri dan anaknya.

Spekulasi turut mendakwa pada sambutan Aidilfitri baru-baru ini, Fizo dilaporkan menyambut lebaran di Kelantan manakala Mawar dan anak mereka, Wan Maryam pulang ke Pulau Pinang.

Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan Wan Maryam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast