IPOH – Polis menahan seorang Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak yang dikaitkan dengan tuduhan melakukan serangan seksual terhadap pembantu rumahnya.
Ketua Polis Perak Datuk Razarudin Husain @ Abd Rasid berkata, anggota Exco berkenaan ditahan semalam bagi membantu siasatan lanjut.
“Untuk siasatan polis yang adil, kita telah menangkap orang disyaki semalam bagi membantu siasatan kita,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut berkaitan penangkapan itu dan memberitahu akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.
Artikel berkaitan: Polis terima laporan exco kerajaan Perak disyaki rogol pembantu rumah
DAP pandang serius dakwaan Exco Perak rogol pembantu rumah
Istiadat pelantikan dan angkat sumpah Exco Perak tangguh
Semalam, media melaporkan seorang wanita warga Indonesia, membuat laporan polis di Balai Jelapang di sini Isnin lepas, mendakwa dirogol anggota Exco berkenaan di rumahnya, dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette