Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri Sembilan, ACP Wan Rukman Wan Hassan berkata suspek berusia 65 tahun yang merupakan seorang pemandu lori ditahan di lebuhraya Gopeng, Perak, kira-kira pukul 9.20 malam tadi.

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan seorang exco kerajaan negeri Perak yang disyaki merogol pembantu rumahnya.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, ACP Choo Lily berkata pihaknya menerima laporan daripada wanita warga Indonesia itu, semalam.

“Kita (polis) masih menyiasat laporan itu dan akan mengambil keterangan daripada kedua-dua pihak,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.Media tempatan hari ini, melaporkan Exco tersebut dipercayai merogol wanita itu di kediamannya di Meru, Ipoh.- BERNAMA

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.