PUTRAJAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, bukan beliau yang meluluskan pemilihan DreamEdge sebagai syarikat untuk membangunkan kereta nasional ketiga.
Katanya, pemilihan itu sudah pun dibuat dan beliau enggan mengulas lanjut mengenainya.
Perdana Menteri itu juga berkata, ada pihak yang tidak berpuas hati dengan kemampuan DreamEdge.
“Banyak agensi kerajaaan apabila mereka melihat sesuatu itu hendak dilaksanakan, mereka mahu sedikit daripadanya,” kata perdana menteri yang diminta mengulas dakwaan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong bahawa kerajaan Pakatan Harapan melanggar janji untuk tidak menaja mana-mana syarikat untuk projek pembinaan kereta nasional ketiga.
Dakwaan Ka Siong itu menyusul apabila kerajaan menyalurkan dana kepada DreamEdge menerusi Malaysian Industry-Government for High-Technology (MIGHT).
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, kereta nasional ketiga perlu lebih berdaya saing selari dengan kemajuan industri automobil yang pelbagai pada masa ini.
Sekurang-kurangnya kereta itu nanti, ujar beliau, adalah kategori hybrid.
“Industri automobil tidak baik sekarang ini. Kita sudah tidak lagi kenal dengan penggunaan minyak petrol.
“Tapi enjin kereta sekarang ada yang hybrid dan elektrik. Kita juga perlu ke arah itu. Kita dalam proses.
“Jadi kalau mahu adakan kereta nasional ketiga, ia sekurang-kurangnya adalah hybrid,” tambahnya.- MalaysiaGazette
Lidah tak bertulang. Dia yg beriya2 nakkan perusahaan mobil ke-3. Assign orang lain utk laksana projek dgn arahan lisan. Lpas tu boleh kata bukan dia yg luluskan ! Walau dah tua tapi masih pandai berkelakar