Wednesday, August 19, 2026
Home Tag 31 Ogos 1957

Tag: 31 Ogos 1957

Persiapan Sambutan Hari Kebangsaan 2022

Kerja-kerja pemasangan khemah, kerusi pentas, layar gergasi, pemasangan kerusi teres bertingkat dan kerja-kerja membaik pulih persekitaran Dataran Merdeka giat dijalankan mengikut jadual bagi meraikan Sambutan Hari Kebangsaan 31 Ogos ini ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA'IM, 20 OGOS 2022.

Hishammuddin Lancar Kibar Jalur Gemilang Peringkat Kementerian Pertahanan 2022

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bersama timbalannya, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz serta PAT, Jeneral Tan Sri Affendi Buang mengibar bendera pada Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Kementerian Pertahanan 2022 dan Sambutan Jubli Emas Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) ke 50 di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 17 OGOS 2022.

Merdeka65 – Kereta Perang Jalur Gemilang

Penduduk, Mazlan Samad menghiasi sebuah kereta dengan bendera Jalur Gemilang sempena bulan sambutan Hari Kebangsaan yang ke-65 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 15 OGOS 2022.

Bulan Kebangsaan – Kibaran Jalur Gemilang

Skrin LED 3 dimensi memaparkan kibaran jalur gemilang bagi memeriahkan Hari Kebangsaan sempena kemerdekaan ke 65 tahun pada 31 Ogos ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pavilion, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA'IM, 12 OGOS 2022

Pemandangan Malam Cahaya Jalur Gemilang di Putrajaya

Pancaran cahaya lampu kombinasi warna biru, kuning, merah dan putih yang membawa simbolik Jalur Gemilang menerangi Jambatan Seri Saujana menceriakan malam menjelang sambutan Hari Kebangsaan ke 65 tahun ini ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Putrajaya. Foto MUHD NA'IM, 11 OGOS 2022.

Merdeka65 – Teguh Bersama

Orang awam melintasi lukisan mural bertemakan jalur gemilang bersempena sambutan Hari Kebangsaan yang ke 65 tahun ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 06 OGOS 2022.

Barisan Hadapan Menyerupai Tugu Negara #WiraNegara

Petugas barisan hadapan bergambar menyerupai Tugu Negara sebagai simbolik pengorbanan mereka sepanjang tempoh menentang Covid-19 yang melanda negara sempena Hari Kemerdekaan Kali ke 64 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 31 OGOS 2021.

Merdeka64 – Tugu Negara Jadi Tumpuan Warga Kota Kibar Jalur Gemilang

Sarjan Mohd Raduwan bersama anaknya, Muhammad Adam Rayqal yang berpakaian uniform Tentera Darat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-64 yang bertemakan "Malaysia Prihatin" di Tugu Negara, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 31 OGOS 2021.

Frontliners PPV Zahir Semangat Patriotik Sempena Hari Kemerdekaan ke 64

Kakitangan dan petugas mengibarkan jalur gemilang sambil memakai pakaian tradisional kebangsaan untuk memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan yang ke-64 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bangi Avenue Convention Centre (BACC), Taman Bangi Avenue, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 31 OGOS 2021.

Semangat Kemerdekaan Anak-Anak Kampung Haji Durani #31Ogos

Kanak-kanak dari Kampung Haji Durani Sungai Besar bermain bersama sambil mengibarkan jalur gemilang di sekitar kampungnya bersempena sambutan Hari Kebangsaan yang ke-64 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette Tanjung Karang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 31 OGOS 2021.