Tag: 31 Ogos 1957
Koleksi Tudung Jalur Gemilang 2023 #Merdeka66
Shahira Khairul Anuar menunjukkan beberapa jenis tudung bawal bercorak Jalur Gemilang sempena Bulan Kemerdekaan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Batu Caves, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 23 OGOS 2023.
LENSA MG | Patriotisme Dalam Jiwa Uncle Ting Tong
Penghibur Jalanan, Roslee Yusop atau lebih dikenali sebagai Uncle Ting Tong bersama anaknya Muhammad Nirwan Roslee menjadi penghibur jalanan dengan memperagakan kostum Jalur Gemilang beserta bendera Malaysia dalam menyemarakkan lagi suasana sambutan bulan kebangsaan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 30 OGOS 2022.
LENSA MG | Agong, Raja Permaisuri Rai Hari Kebangsaan 2022 Dengan...
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menyaksikan perarakan turut diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 31 OGOS 2022.
Kelahiran ‘Bayi Merdeka’ 31 Ogos 2022
Dua bayi merdeka yang dilahirkan pada awal pagi 31 Ogos ketika tinjauan Malaysia Gazette di Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA'IM, 31 OGOS 2022.
Persiapan Upacara Perarakan Hari Kebangsaan 2022
Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan persiapan sebelum memulakan perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 31 OGOS 2022.
Kiraan Detik 12 Malam Ambang Merdeka di Floria Putrajaya
Orang ramai tidak melepaskan peluang menyaksikan pertunjukkan bunga api sambil mengibarkan bendera Jalur Gemilang pada Majlis Sambutan Ambang Merdeka di Anjung Floria, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 30 OGOS 2022.
Kemeriahan Sambutan Malam Ambang Merdeka Ke-65
Orang ramai tidak melepaskan peluang menyaksikan pertunjukkan bunga api sambil mengibarkan jalur gemilang sempena ambang sambutan Hari Kebangasaan Ke-65 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 30 OGOS 2022.
LENSA MG | Tanjak Jalur Gemilang Pelengkap Gaya Sambut Bulan Kebangsaan
Umar Harith Mohd Norhaizul Azywan, 4 kelihatan ceria menggayakan busana tanjak jalur gemilang sempena Bulan Kebangsaan Ke-65 yang disambut seluruh rakyat Malaysia di Bazaar Rakyat PKPS, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor. Foto MUHD NA'IM, 30 0G0S 2022.
Flat Sri Melaka Meriah Dengan Jalur Gemilang #Merdeka65
Penduduk giat melakukan kerja-kerja pemasangan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-65 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Blok 36 Flat Sri Melaka, Cheras, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA'IM, 28 OGOS 2022.
Semai Cinta Kepada Negara #JalurGemilang
Saif Afezan Hairul Anuar bersama rakannya mengibarkan Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan yang akan disambut buat kali ke-65 dengan tema #KeluargaMalaysia Teguh Bersama ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Pasir Gudang Baru, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 26 OGOS 2022.

















