Friday, March 29, 2024
Home Tag Bulan Kemerdekaan

Tag: bulan Kemerdekaan

Pancaran Cahaya Jalur Gemilang Warnai Putrajaya #MERDEKA64

Pancaran cahaya lampu kombinasi warna biru, kuning, merah dan putih yang membawa simbolik Jalur Gemilang menerangi Jambatan Seri Wawasan menceriakan malam menjelang sambutan Hari Kebangsaan ke 64 tahun ini ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Putrajaya. Foto SYAFIQ AMBAK, 24 OGOS 2021.

Skrin LED Jalur Gemilang #Merdeka64

Skrin LED memaparkan memaparkan kibaran jalur gemilang untuk memeriahkan Hari Kemerdekaan yang akan disambut pada 31 Ogos ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pavilion, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 24 OGOS 2021.

Jalur Gemilang Gergasi #BulanKemerdekaan

Bendera jalur gemilang dipasang untuk memeriahkan Hari Kemerdekaan ke-64 yang akan disambut pada 31 Ogos ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Management and Science University (MSU), Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 23 OGOS 2021.

Laman Santai MERDEKA Hiasi Putrajaya

Pengerusi Rukun Tetangga Blok A1 Fasa 7 Presint 9 Putrajaya, Noraida Din membelanjakan RM600 untuk memasang lebih 500 bendera pelbagai saiz termasuk menghias dua set kerusi taman untuk dijadikan mini gazebo yang dinamakan Laman Santai Merdeka bagi menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Presint 9, Putrajaya. Foto SYAFIQ AMBAK, 23 OGOS 2021.

Gelagat Si Kecil Peragakan Baju Jalur Gemilang #Merdeka64

Murid Sekolah Rendah Kebangsaan Batu Muda, Ahmad Njeh Syauqi, 11 bersama adiknya Naa'ilah Sofiyyah, 5 (kiri) dari tadika Smart Reader memperagakan busana pakaian bertemakan jalur gemilang sempena Hari Kemerdekaan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Tugu Negara, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 22 OGOS 2021.

Kempen Kibar Jalur Gemilang #BulanKemerdekaan

Orang awam melintasi barisan Jalur Gemilang yang dipasang sempena bulan Kemerdekaan ke-64 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 17 OGOS 2021.

Tukang jahit guna online promosi baju bertemakan Jalur Gemilang

Baju Jalur Gemilang yang dijahit Mahani dijual dengan harga RM70 hingga RM250 sepasang mengikut saiz dan corak baju.

Kempen Kibar Jalur Gemilang PAS Negeri Selangor

Wakil PAS mengibarkan jalur gemilang pada kempen kibarkan Jalur Gemilang menjelang Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 2021 ketika di perkarangan Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 14 OGOS 2021.

Penduduk Kampung Baru Semarak Semangat Kemerdekaan ke 64

Rifa'i Jalinus, 70, di temani dua cucunya mengibar bendera Jalur Gemilang selepas memasangan bendera tersebut di pekarangan rumah pusaka milik keluarganya bagi memeriahkan suasana menjelang Hari Kebangsaan yang akan disambut 31 Ogos ini ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZ, 13 OGOS 2021.

Jadikan semangat juang nenek moyang aspirasi tamatkan Covid-19

Kali ini, kita sedang berperang dengan musuh yang sukar dilihat dan lebih berbahaya.