Tag: Fasa 1 Kawalan Pergerakan
Rina Harun Santuni Penerima Bantuan Prihatin Kasih
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun menemani penerima program bantuan Prihatin Kasih membeli barang di The Store KL, Pudu Plaza, Kuala Lumpur. Foto HAFIZ SOHAIMI, 13 JULAI 2021.
Pekebun Durian Dalam Tempoh Fasa 1 Kawalan Pergerakan
Pemilik kebun, Normaizan Abdul Hamid, 53 menghidu durian yang gugur untuk dijual kepada pelangan di sekitar kawasan dengan harga RM10 hingga ke RM15 mengikut gred ketika di Dusun Durian Batang Kali, Kuala Kubu, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 12 JULAI 2021.
Sesi Latihan Kendiri Pemain Takraw #DailyLife
Pemain Sepak Takraw Malaysia, Amirul Zazwan menjalani latihan hariannya secara bersendirian di ruangan sekitar rumahnya ketika tinjauan semasa Fasa Satu Kawalan Pergerakan, Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sentul Perdana, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 12 JULAI 2021.
Petugas Kesihatan Iring Penghuni Pangsapuri Sri Ayu Jalani Saringan #Covid19 #PKPD
Petugas kesihatan mengiringi penghuni susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pangsapuri Sri Ayu, Bandar Baru Bangi, Selangor. Foto SYAFIQ AMBAK, 10 JULAI 2021.
Suasana Solat Jumaat Dalam Tempoh Fasa 1 Kawalan Pergerakan PPN
Orang ramai berjalan keluar selepas menunaikan solat Jumaat mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan penjarakan fizikal selepas kerajaan membenarkan hanya 300 jemaah sahaja dalam tempoh Fasa Satu Kawalan Pergerakan, Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 09 JULAI 2021.
PKPD – Bas Sekolah ‘Lumpuh’
Pengusaha bas sekolah, M. Ravichandran memeriksa minyak hitam basnya yang lama tidak digunakan membawa murid berikutan penutupan sekolah akibat pandemik covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 06 JULAI 2021.
Hamzah Zainudin Serbu Kilang Tidak Patuh SOP #OpPatuh
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin hadir dalam satu serbuan operasi Op Patuh oleh agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri di sebuah kilang besi di sekitar Subang Jaya. Foto MOHD ADZLAN, 02 JULAI 2021.
Lorong ‘Sunyi’ #DailyLife
Banner yang tertera nombor telefon bagi tujuan mengiklankan sewa dan jual premis berikutan kesan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sebelum ini menjadi salah satu punca ekonomi peniaga lumpuh sehingga mengakibatkan banyak kedai yang terpaksa ditutup ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. HAZROL ZAINAL, 30 JUN 2021.
PDRM Pantau dan Bersiap Sedia Himpunan ‘Black Democracy’
Anggota polis trafik membuat kawalan susulan himpunan yang digelarkan “Black Democracy” di Jalan Raya Laut, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 30 JUN 2021.