Friday, April 19, 2024
Home Tag Fasa peralihan ke endemik

Tag: fasa peralihan ke endemik

Patuhi SOP Covid-19, elak wabak menular – KJ

Bila kes jangkitan meningkat, ia secara tidak langsung akan menular kepada warga emas atau mereka yang mempunyai penyakit kronik.

Pertunjukan ‘Great British Circus’ #DailyLife

Persembahan mengujakan kumpulan sarkas dari British pada 'Great British Circus' yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 04 JUN 2022.

KLIA2022 – Pelancong

Pelancong mengambil langkah mencegah dengan memakai pakaian perlindungan diri (PPE) dari terkena wabak Covid-19 mahupun negara kini telah memasuki fasa peralihan ke endemik dan kes jangkitan yang direkodkan rendah ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 29 MEI 2022.

Pusat Hiburan Beroperasi Semula #DailyLife

Pengunjung mula memasuki kelab malam selepas kerajaan membenarkan pusat hiburan atau kelab malam dan pub kembali beroperasi dengan mematuhi SOP pada fasa peralihan endemik ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di pusat hiburan sekitar Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 19 MEI 2022.

Suasana Panik, Kelam Kabut Rakyat Malaysia Buat Persiapan Malam Raya

Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk membeli belah pada hari terakhir ramadan bagi membuat persediaan sempena menyambut perayaan Aidilfitri pada esok ketika tinjaun lensa Malaysia Gazette di Bangi Sentral, Selangor. Foto MUHD NA'IM, 01 MEI 2022.

Kelonggaran SOP – ‘Bebas’ Tanpa Pelitup Muka, Imbasan MySejahtera

Orang awam yang keluar tanpa memakai pelitup muka selepas kerajaan melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) dan tidak lagi diwajibkan pemakaian pelitup muka di luar bangunan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 01 MEI 2022.

Badut ‘MR Labu’ Bayaran Seikhlas Hati Hiburkan Pengunjung

Badut, Muhammad Munawar Mohd Nawi atau lebih dikenali Mr Labu memberi belon kepada kanak-kanak yang membeli-belah sempena menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kompleks Sogo, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 01 MEI 2022.

Tiada Lagi Imbasan MySejahtera #DalamKenangan

Pekerja restoran, Muhd Azlan Nazron Sila menyimpan pelekat imbasan MySejahtera dan peralatan imbas suhu selepas tidak lagi diwajibkan berikutan kelonggaran SOP bermula esok iaitu 1 Mei ini ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA'IM, 30 APRIL 2022.

Muhyiddin Buat Lawatan Kerja ke KLIA

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendengar keluhan pelancong luar semasa mengadakan lawatan kerja selepas negara memasuki Fasa Peralihan ke Endemik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. Foto AFFAN FAUZI, 15 APRIL 2022.

Peralihan ke Endemik – Dataran Putrajaya Meriah

Orang ramai beriadah bersama keluarga pada waktu malam pada bulan ramadan susulan pelaksanaan Fasa Peralihan ke Endemik ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Dataran Putrajaya. Foto MUHD NA'IM, 11 APRIL 2022.