Wednesday, August 19, 2026
Home Tag Jabatan Bomba dan Penyelamat

Tag: Jabatan Bomba dan Penyelamat

Operasi SAR Kanak-Kanak Jatuh Sungai di Subang Jaya

Anggota bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat melibatkan seorang mangsa kanak-kanak lelaki 7 tahun warga Indonesia yang terjatuh ke dalam sungai semasa bermain bersama rakan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Persiaran Subang Indah, Subang Jaya. Foto MOHD ADZLAN, 10 OGOS 2026.

Jaslinda Dikejarkan Ke Hospital Tapah

Pendaki yang dilaporkan hilang selama 15 hari di Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, selamat tiba di Unit Kecemasan dan Trauma pada jam 9.20 malam untuk pemeriksaan lanjut di Hospital Tapah. Foto ANIQ NABILAFIQ, 06 JUN 2026.

Reaksi Jaslinda Selepas 15 Hari Hilang

Pendaki wanita yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu, Jaslinda Saludin, 49, sempat melambai ketika dibawa menaiki kenderaan EMRS selepas ditemukan selamat petang tadi berhampiran Kampung Orang Asli Lubuk Gaharu, Batu 8, Jalan Pahang, Tapah. Foto ANIQ NABILAFIQ, 06 JUN 2026.

Dinding Di Tapak Pembinaan Runtuh

Pemilik kedai bunga kelihatan membersihkan kawasan kedainya susulan terkena runtuhan struktur dinding yang masih dalam pembinaan ketika tinjauan lensa Malaysiagazette di Lebuh Ampang, Kuala Lumpur. Foto Hari Anggara, 01 OKTOBER 2025.

Rumah dan Lot Kedai Hangus

Orang ramai melihat Anggota Bomba dan Penyelamat melakukan kerja-kerja pemadam api dalam kejadian kebakaran deretan rumah dan lot kedai di Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 08 OGOS 2025.

Kebakaran Hutan Kuala Kubu Bharu

Anggota bomba melakukan pemantauan udara pada operasi pemadaman api dengan menggunakan teknik 'water bombing' berikutan kebakaran hutan sekunder ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kuala Kubu Bharu, Selangor. Foto SADIQ SANI, 23 JULAI 2025.

Kilang Kapas Terbakar

Sebuah kilang kapas berkelas A dengan berkeluasan 300×200 kaki persegi musnah terbakar sebanyak 90 peratus dan kerja-kerja pemadaman api giat dijalankan anggota bomba di Bandar Country Homes, Rawang. Foto MOHD ADZLAN, 30 JUN 2025.

LENSA MG | Kebakaran Kilang Kitar Semula

Anggota bomba giat memadamkan kebakaran sebuah kilang kitar semula yang hangus lebih 95 peratus sekitar jam 12 tengah hari tadi di Taman Industri Meru, Klang. Foto MOHD ADZLAN, 25 JUN 2025.

Semoga Berjaya Abang Bomba! Mohd Fakhrul Munir

Pegawai Bomba Kanan (PBK) I, Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa diiring Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Nor Hisham Mohammad (kanan) sebelum berlepas ke Nepal membawa misi pendakian ke puncak tertinggi dunia, Gunung Everest menerusi Projek Pendakian Amal Bomba de Everest 'Mencari Hati Emas' di KLIA, Sepang. Foto MUHAIMIN MARWAN, 07 APRIL 2025

Keadaan Terkini Kebakaran Besar Saluran Paip Gas

Keadaan kebakaran besar yang turut memusnahkan rumah di sekitar akibat kebocoran saluran paip gas ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Putra Harmoni Putra Height, Subang Jaya, Selangor. Foto MUHAIMIN MARWAN, 1 APRIL 2025