Tag: jepak
PRK Jepak: Cuaca pagi esok diramal cerah, ribut petir sebelah petang
Menurut laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini, Bintulu diramal dilanda ribut petir di beberapa kawasan pada sebelah petang manakala cuaca hujan di beberapa tempat pada malamnya.
Manifesto: GPS tawar 14 aku janji untuk PRK Jepak
Awang Tengah yang juga Pengarah Pilihan Raya GPS Jepak berkata, antara tawaran itu termasuk menyediakan rumah mampu milik, memperbanyak skim penempatan semula, pembesaran kampung serta baik pulih dan bantuan pembinaan rumah panjang.
Abang Johari hargai PH tidak letak calon di Jepak
“Kita tak cakap kita kuat tetapi kita faham Sarawak hanya boleh diuruskan oleh anak Sarawak sendiri dan saya harap bahawa masa depan kita cerah sekiranya boleh mempertahankan sistem politik di Sarawak sekarang,” katanya.
SPR bincang tarikh PRK DUN Jepak Isnin depan
Mesyuarat khas itu diadakan selepas pihaknya menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar berhubung kekosongan luar jangka kerusi DUN tersebut.
RM5 juta diserah kepada Rosmah untuk projek solar – pendakwa
Saidi mahukan jaminan Rosmah bahawa beliau akan membantu Jepak dan sebagai balasan Saidi menawarkan derma politik kepada suami tertuduh sebagai tanda terima kasih kerana menyokong permohonan tersebut.












