Thursday, August 27, 2026
Home Tag Kemalangan jalan raya

Tag: Kemalangan jalan raya

Penunggang Motosikal Cedera, Dihimpit Kereta Di Lorong Kanan #MGFlash

Seorang penunggang motosikal cedera selepas dilanggar lari sebuah kereta jenis Proton Wira dalam kejadian di Batu 5, Jalan Kapar dari arah Klang menghala ke Kapar, yang tular di media sosial.

Warga emas mati selepas 14 hari terlibat kemalangan – Azaharudin

Seorang lelaki warga emas meninggal dunia di kediamannya semalam selepas 14 hari terlibat dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua motosikal yang bertembung di Jalan Pasir Penambang pada 25 Jun lalu.

Kereta Langgar Belakang Lori, Pemandu Tercampak Ke Kawasan Paya #MGFlash

Seorang lelaki selepas tercampak ke dalam kawasan paya bakau susulan kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandunya melanggar sebuah lori di Jalan Pelabuhan Barat Telok Gong, awal pagi tadi.

Dua Budak Dirempuh Kereta Semasa Melintas Beli Makanan #MGFlash

Hasrat dua kanak-kanak perempuan untuk membeli makanan tidak kesampaian selepas dirempuh sebuah kereta ketika melintas jalan di Jalan Tun Fuad Stephen, berhampiran Teluk Likas, di Sabah, semalam.

Brek Gagal Berfungsi, Lori Rempuh Kereta di Lampu Isyarat #MGFlash

Kegagalan sistem brek menjadi punca sebuah lori separa treler yang membawa muatan tanah merempuh sebuah kereta Perodua Bezza di persimpangan lampu isyarat Taman Tas, Batu 8, Jalan Gambang, semalam.

Wanita Orang Asli Patah Tangan, Motosikal Ditunggang Terbakar #MGFlash

Seorang wanita Orang Asli cedera selepas motosikal ditungganginya terbabas lalu terbakar dalam kemalangan yang turut membabitkan dua kereta di Kilometer 342.0 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan, dekat Sungkai, awal pagi tadi.

Dua Kereta Berpusing Sebelum Terbalik, Pemandu Selamat #MGFlash

Dua pemandu terselamat walaupun kereta yang dinaiki berpusing beberapa kali dan terbalik di lebuh raya dari Sungkai menghala ke Bidor pada Isnin.

Suami Koma, Wanita Rayu Rakaman Dashcam, Saksi #MGFlash

Isteri kepada mangsa langgar lari, Shah Iman Suratman, 31 tahun yang kini koma selepas dilanggar lari pada 13 Mei lalu di di Kilometer 272.6 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah utara dekat Seremban merayu untuk dapatkan rakaman dashcam serta saksi bagi membantu siasatan.

Kereta Terperosok Bawah Lori Balak #MGFlash

Satu kemalangan ngeri berlaku di Jalan Selangau - Sibu, Selangau, Sarawak selepas kenderaan yang dipandu seorang wanita terperosok di bawah sebuah lori membawa kayu balak.

Rakaman Penunggang Motosikal Dilanggar Kereta Di MRR2 #MGFlash

Individu yang terbabit dalam kemalangan yang dipercayai berlaku di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Pandan Indah, di Ampang, diminta tampil membuat laporan polis.