Saturday, April 20, 2024
Home Tag Kementerian Komunikasi dan Multimedia

Tag: Kementerian Komunikasi dan Multimedia

Anwar Rasmi Persidangan PEDi Madani 2023

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil (kiri) dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching melakukan gimik Perasmian Persidangan (PEDi) Madani 2023 'Pemangkin Ekonomi Digital Negara' di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. Foto MUHD NA’IM, 29 NOVEMBER 2023.

Setem Khas Hari Pos Sedunia 2023

Kakitangan Pos Malaysia, Norazliza Borhan menunjukkan setem khas sempena Sambutan Hari Pos Sedunia 2023 di Ibu Pejabat Pos Malaysia, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 09 OKTOBER 2023.

Mahasiswa Terima Tablet Perantisiswa

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa bergambar kenangan dengan penerima perantisiswa pada Majlis Sesi Pengagihan Perantisiswa Keluarga Malaysia di SMK Mengkarak, Bera, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 16 NOVEMBER 2022.

Zahidi Zainul Santai Bersama Komuniti ‘Buskers KL’

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin menyarungkan jaket kepada Presiden Persatuan Sahabat Penghibur Jalanan Malaysia, Muhammad Aizad Azman ketika sesi santai bersama komuniti 'buskers Kuala Lumpur' di hadapan Kompleks Sogo, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 31 OKTOBER 2022.

Ismail Sabri Rasmi Angkasapuri Kota Media

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diiringi Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa (dua kanan) mencuba salah satu peralatan ketika melawat studio rakaman pada Majlis Perasmian Angkasapuri Kota Media di Angkasapuri, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 26 OKTOBER 2022.

Ismail Sabri Hadir Perasmian Penutup Ekspresi@Finas

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa (tiga kanan) menerima buku biografi 'Hussein Abu Hassan' selepas Majlis Perasmian Penutup Ekspresi @Finas di Kompleks Studio Merdeka Finas, Selangor. Foto MUHD NA’IM, 24 OKTOBER 2022.

Annuar Musa Pantau Gudang Pembekalan Tablet PerantiSiswa

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa memegang salah satu tablet ketika membuat lawatan ke gudang simpanan Tablet PerantiSiswa Keluarga Malaysia di Logos Ampang Distribution Centre, Hulu Kelang, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 17 OKTOBER 2022.

Reaksi Aliff Syukri Selepas Mengaku Tidak Bersalah di Mahkamah

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran klip video bersifat sumbang di Mahkamah Sesyen Sepang, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 13 OKTOBER 2022.

PM Lancar dan Serah Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad bergambar kenangan dengan pelajar sambil menunjukkan peranti yang diterima mereka pada Majlis Pelancaran Inisiatif Perantisiswa Keluarga Malaysia di Dewan Agung Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 03 SEPTEMBER 2022.

Ismail Sabri Lancar Malaysia Digital (MD)

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diiringi Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa melawat pameran digital pada Majlis Pelancaran Malaysia Digital di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Foto HAZROL ZAINAL, 04 JULAI 2022.