Home Tag Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan

Tag: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan

PM Hadir Majlis Makan Malam Ulang Tahun REHDA ke-50

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming beramah mesra bersama Majlis Tertinggi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) ketika hadir pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun REHDA ke-50 di Hotel One World, Petaling Jaya. Foto AFFAN FAUZI, 15 MAC 2023.

KPKT Meraikan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming diiringi Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid (dua kiri) bergambar dengan anggota dan Unit Anjing Penyesan K9 JBPM selepas Majlis Amanat Tahun Baharu KPKT 2023 di Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 09 JANUARI 2023.

Nga Kor Ming Tunjuk Pejabat Timbalan Menteri Kepada Akmal Nasir

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming (kanan) menerima kedatangan Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir (kiri) sebelum memulakan tugas di Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan, Putrajaya. Foto MUHD NA’IM, 12 DISEMBER 2022.

Nga Kor Ming Mula Tugas Sebagai Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming (tengah) diiringi Ketua Setiausaha (KPKT), Datuk M. Noor Azman Taib (dua kiri) mengimbas kad perakam waktu simbolik sebelum memulakan tugas di Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan, Putrajaya. Foto MUHD NA’IM, 06 DISEMBER 2022.

Pilihan raya kerajaan tempatan bukan fokus utama Kor Ming

“(Pilihan Raya Kerajaan Tempatan) bukan fokus segera, yang penting pada tahap ini, saya sudah senaraikan tujuh fokus utama, biar kita laksanakan itu dulu, pastikan kesejateraan rakyat menjadi keutamaan kita,” katanya.