Tag: Kempen Undi
Walkabout Asyraf Wajdi dan Calon BN Ayer Hitam Kempen Undi
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bersama calon Barisan Nasional (BN) N.04 Ayer Hitam, Hayazi Azizan beramah mesra bersama peniaga semasa berkempen sempena Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15) Kedah di Kuala Jerlun, Kedah. Foto MOHD ADZLAN, 04 OGOS 2023.
Baddrol Bakhtiar Berkempen Sekitar Gurun #PRN15
Calon Perikatan Nasional (PN) N.22 Gurun, Baddrol Bakhtiar beramah mesra bersama peniaga dan orang awam semasa berkempen sempena Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15) Kedah di Pasar Malam Taman Ria Mesra 2, Gurun, Kedah. Foto MOHD ADZLAN, 02 OGOS 2023.
Zahid Hamidi dan Calon BN Santai Bersama Rakyat
Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersorak bersama penduduk pada Program Santai Bersama Rakyat sempena kempen Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15 di Desa Seri Pantai, Negeri Sembilan. Foto AFFAN FAUZI, 01 OGOS 2023.
Calon BN, Tunjuk Bakat Ketika Kempen PRN15
Calon Barisan Nasional (BN) N. 31 Bagan Pinang, Mohd Najib Isa menunjukkan bakat bermain sepak raga tuju bersama penduduk kampung sempena kempen Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15) di Jalan Haji Jaafar, Port Dickson, Negeri Sembilan. Foto AFFAN FAUZI, 30 JULAI 2023.
Calon BN Seri Menanti Kempen Undi Masyarakat Orang Asli
Calon Barisan Nasional (BN) N. 16 Seri Menanti, Muhammad Sufian Maradzi beramah mesra dengan penduduk orang asli pada Program Ziarah Kasih Masyarakat Orang Asli sempena kempen Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15) di Kampung Ulu Mampas, Terachi, Negeri Sembilan. Foto AFFAN FAUZI, 30 JULAI 2023.
Walkabout Calon PH, Aminuddin Harun Kempen Undi di Pasar #PRN15
Calon Pakatan Harapan (PH) N.13 Sikamat, Datuk Seri Aminuddin Harun bersama calon Pakatan Harapan (PH) N. 25 Paroi, Norwani Ahmat (dua kiri) beramah mesra dengan penduduk semasa mengadakan walkabout sempena kempen Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15) di Pasar Tani Paroi Jaya, Negeri Sembilan. Foto AFFAN FAUZI, 30 JULAI 2023.
Tun M Bersama Che Asmah Kempen Undi #PRU15
Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Calon Gerakan Tanah Air (GTA) P.113 Sepang, Datin Che Asmah Ibrahim beramah mesra bersama penduduk ketika hadir walkobout sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Pasar Pagi Taman Dengkil, Selangor. Foto MUHD NA’IM, 13 NOVEMBER 2022.
Hasni Mohammad Walkabout Kempen Undi di Kampung Parit Bertak #PRNJohor
Calon Barisan Nasional (BN) N.53 Benut, Datuk Hasni Mohammad menyerahkan risalah kempen kepada penduduk semasa sesi walkabout sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Kampung Parit Bertak, Benut, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 08 MAC 2022.
Calon Pejuang, Md Taib Kempen Undi Orang Asli #PRNJohor
Calon Pejuang N.07 Bukit Kepong, Md. Taib Md Suhut (kanan) menyantuni penduduk orang asli bagi meraih undi sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Kampung Orang Asli Bukit Panjang, Pagoh, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 07 MAC 2022.
Suasana Bandar Chini Berubah… Perang dan Kempen Undi, Hari Terakhir Kempen
Sebahagian penyokong menaiki ATV dengan melekatkan bendera Barisan Nasional untuk meraih undi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.23 Chini ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Bandar Dara, Chini, Pahang. foto SYAFIQ AMBAK, 03 JULAI 2020

















