Tag: letupan
Serangan pengganas sasar kemudahan Turkish Aerospace Industries di ibu negara Turkiye
Dilaporkan bahawa kakitangan firma pertahanan itu diarahkan ke tempat perlindungan atas sebab keselamatan.
Penghawa dingin meletup di Plaza GM, tiga lelaki cedera
Siasatan awal mendapati, letupan itu dipercayai berpunca daripada kerja-kerja pengisian gas penghawa dingin.
Letupan tanpa sebab di Lapangan Terbang Miyazaki
Semua penerbangan di Lapangan Terbang Miyazaki, Jepun terpaksa dibatalkan hari ini susulan satu letupan kecil yang masih tidak diketahui puncanya.
Dua tentera cedera dalam insiden letupan berhampiran kediaman Ketua Daerah Tak...
Siasatan awal mendapati kereta yang digunakan dalam insiden itu dipercayai dicuri dan dipasang dengan bahan letupan, sebelum diparkir di pusat pemeriksaan keselamatan yang terletak berhampiran kediaman Ketua Daerah Tak Bai.
30 maut, 17 cedera dalam letupan lombong arang batu di Iran
Ketua pengarah jabatan pengurusan krisis wilayah, Mohammad-Ali Akhondi berkata, kemalangan itu berpunca daripada letupan gas metana di dua blok lombong pada malam Sabtu.
Dua rakyat Malaysia cedera dalam letupan di Narathiwat
Kementerian Luar Negeri yang mengesahkan kejadian itu berkata, kedua-dua mangsa telah mendapatkan rawatan pesakit luar di Hospital Naradhiwas Rajanagarindra dan dibenarkan keluar dari hospital semalam.
Dua maut, tiga cedera dalam letupan bom di Narathiwat
Timbalan Ketua Polis Narathiwat, Kolonel Direk Chomyong berkata, sebaik lima anggota itu tiba di tempat kejadian, bom buatan sendiri seberat 50 kilogram yang dipasang pada tong gas diletupkan dengan menggunakan walkie-talkie.
Sekurang-kurangnya 20 maut, 6 cedera kilang bunga api meletup di Thailand
Kejadian berlaku pada pukul 3.30 petang (waktu tempatan) dan media tempatan melaporkan ketika kejadian terdapat 30 pekerja di kilang berkenaan.
Lebih 100 terbunuh dalam letupan dekat kubur bekas jeneral Iran
Ketua Pertubuhan Kecemasan Bandar Kerman, Sayyed Mohammad Saberi berkata, letupan berlaku di laluan menuju ke tanah perkuburan Soleimani.
Rapid KL nafi berlaku letupan libatkan tren MRT
Rapid KL menafikan berlakunya letupan atau kebakaran melibatkan sebuah tren Transit Aliran Massa (MRT), laluan Kajang petang tadi seperti yang tular menerusi media sosial.

















