Thursday, April 25, 2024
Home Tag Majlis Keselamatan Negara

Tag: Majlis Keselamatan Negara

Polis, Tentera Buka SJR Penghubung Kuala Lumpur dan Selangor #FasaDua

Anggota polis mengemas peralatan pada malam terakhir sekatan jalan raya (SJR) selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula 10 September ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Kuala Lumpur berhampiran gerbang Kota Darul Ehsan. Foto AFFAN FAUZI, 09 SEPTEMBER 2021.

Kelonggaran SOP – Pusat Latihan Memandu #DailyLife

Pelatih pusat latihan memandu mengajar calon berikutan sektor ini dibenarkan beroperasi dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara secara janji temu bermula hari ini dengan memastikan semua pekerja, tenaga pengajar dan calon lengkap menerima vaksin ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Institut Manducekap Hi-Tec Sdn Bhd, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 09 SEPTEMBER 2021.

Gelanggang Futsal Siap Sedia Beroperasi #FasaDua

Pekerja, Mohd Reffaae Elnar melakukan semburan nyah kuman pada tiang gol sebagai persiapan akhir selepas kerajaan mengumumkan fasiliti sukan dan rekreasi komersil terbuka dan tertutup dibenarkan beroperasi kepada pelanggan yang lengkap divaksin bermula 10 September ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Sukan Futsal Fortizza Subang, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 09 SEPTEMBER 2021.

Sukan ‘Footgolf’ Jadi Kegilaan Buat Individu Lengkap Vaksin

Pengunjung meluangkan masa melakukan aktiviti riadah dengan bermain sukan Footgolf berikutan antara sukan yang tidak bersentuhan dibenarkan beroperasi di dalam negeri fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bukit Jelutong, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 08 SEPTEMBER 2021.

Sanitasi dan Persediaan Pawagam GSC #FasaSatu

Pekerja melakukan kerja-kerja pembersihan selepas kerajaan membenarkan pembukaan semula operasi panggung wayang bermula esok ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di GSC Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 08 SEPTEMBER 2021.

Fasa 1 PPN – Ziarah Tanah Perkuburan

Ahli keluarga membersihkan kubur selepas Majlis Keselamatan Negara (MKN) membenarkan aktiviti ziarah kubur semasa bukan musim perayaan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 29 OGOS 2021.

Aktiviti Perkelahan dan Perkhemahan Individu Lengkap Vaksin

Orang awam beriadah bersama keluarga semasa menikmati cuti hujung minggu selepas kerajaan membenarkan aktiviti berkelah dan perkhemahan untuk individu yang lengkap dos suntikan vaksin covid-19 di negeri Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di AG Manggis Cottage, Hulu Langat, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 29 OGOS 2021.

Aksi Perlawanan Selangor FC Ikat Melaka United 1 – 1 #LigaSuper

Pemain Selangor FC, Mohamad Ashmawi Md Yakin (kanan) mengasak pemain Melaka United FC, Sony Norde (kiri) pada perlawanan Liga Super Malaysia 2021 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor. Foto SYAFIQ AMBAK, 28 OGOS 2021.

Fasa 1 PPN – Aksi ‘Off-Road’ Sukan Permotoran

Peserta melakukan aksi dengan motosikal selepas kerajaan membenarkan sukan permotoran di negeri Fasa 1 untuk individu lengkap vaksin ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Most Fun Gym (MFG), Kg. Sg. Penchala, Kuala Lumpur. Foto FARHAN MAHAMAD, 27 OGOS 2021.

Fasa 1 PPN – Kedai Bundle ‘Meriah’

Seorang lelaki memilih seluar terpakai atau dikenali sebagai barangan 'bundle' semasa pelaksanaan Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) selepas kerajaan membenarkan sektor berkenaan beroperasi bermula 21 Ogos lepas ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Lorong Haji Taib, Chow Kit, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 24 OGOS 2021.