Saturday, May 4, 2024
Home Tag Majlis Keselamatan Negara

Tag: Majlis Keselamatan Negara

Warga Asing Berkeliaran, Berkumpul Ingkar SOP Fasa 1 PPN? #ZonMerah

Suasana memperlihatkan ramai warga asing yang menetap di sini berkumpul sekitar perumahan mereka walaupun kawasan tersebut dikategorikan sebagai zon merah dengan mencatatkan lebih 600 kes positif Covid-19 dalam tempoh 14 hari mengikut 'Hotspot Tracker' dalam aplikasi MySejahtera ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Changkat Thambi Dollah, Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 23 OGOS 2021.

Taman Tugu Negara Jadi Tumpuan Beriadah Ketika Fasa 1 PPN

Orang ramai meluangkan masa dengan beriadah bersama keluarga selepas aktiviti sukan, rekreasi dan riadah tanpa sentuhan fizikal serta bukan berkumpulan mula dibenarkan bagi negeri Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Tugu Negara, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 21 OGOS 2021.

Suasana Hari Pertama Dine-In Dalam Tempoh Fasa 1 PPN

Suasana suram di sebuah kedai makan berikutan orang ramai masih mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan penularan Covid-19 biarpun kerajaan membenarkan aktiviti dine-in di negeri-negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi mereka yang telah menerima suntikan dua dos vaksin Covid-19 ketika Tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 20 OGOS 2021.

Fasa 1 PPN – Kedai Makan Kampung Style Patuh SOP ‘Dine-In’

Orang awam mengambil peluang menjamu selera di gerai makan pada hari pertama susulan pengumuman negeri-negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan aktiviti dine-in bagi mereka yang telah menerima suntikan dua dos vaksin Covid-19 mulai hari ini ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kedai Makan Kampung Style, Hulu Langat, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 20 OGOS 2021.

Kedai Gunting Rambut Jadi Tumpuan Individu Lengkap Vaksin

Orang ramai tidak melepaskan peluang mengunting rambut selepas kerajaan membenarkan beroperasi buat negeri Fasa 1 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kedai Gunting Rambut Image, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 16 OGOS 2021.

Kedai Emas Little India ‘Diserbu’ Individu Lengkap Vaksin

Pelanggan mengunjungi sebuah kedai barang kemas pada hari pertama beroperasi dalam pelaksanaan Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid India, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 16 OGOS 2021.

Suasana Hari Pertama Kedai Cuci Kereta Beroperasi Ketika Fasa 1 PPN

Pekerja sibuk melakukan kerja-kerja membasuh kenderaan berikutan kedai cuci kereta antara 11 sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi bagi negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan menetapkan syarat setiap individu lengkap menerima vaksin ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kedai Cuci Kereta, Meru, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 16 OGOS 2021.

Persediaan SOP Kedai Gunting Rambut

Pekerja, Nola Ebitry menampal contoh sijil vaksinasi lengkap sebagai syarat wajib memasuki premis semasa melakukan persiapan pembukaan semula kedai gunting rambut selepas kerajaan membenarkan 11 sektor ekonomi beroperasi di kawasan fasa 1 yang berkuatkuasa esok ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Stable Barbershop, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 15 OGOS 2021.

Kuil Sri Maha Mariamman Terima Individu Lengkap Vaksin

Penganut Hindu diperiksa sijil lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19 bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan selepas dibenarkan membuka rumah ibadat selain Islam dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi negeri di Fasa Satu dan Dua ketika tinjuan lensa Malaysia Gazette di Kuil Sri Maha Mariamman, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 13 OGOS 2021.

Tentera ‘Penjara’ Pangsapuri Gugusan Semarak Dengan Kawat Duri #PKPD

Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan kerja-kerja memasang kawat duri sekitar Flat Gugusan Semarak berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai 6 Ogos sehingga 19 Ogos ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Damansara, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 06 OGOS 2021.