Tag: membimbing
Kemahiran insaniah satu keperluan kepada ‘generasi kaca’
Anak-anak perlu diberi ruang untuk mempelajari bagaimana mengurus emosi, membina keyakinan diri, menyelesaikan konflik, menghargai perbezaan dan berkomunikasi dengan beradab. Institusi pendidikan seharusnya menjadi ruang terbaik untuk menerapkan nilai-nilai insaniah melalui aktiviti kokurikulum, program khidmat masyarakat, pembelajaran berbentuk projek, serta sesi refleksi nilai dan karakter.








