Friday, April 26, 2024
Home Tag Merdeka 64

Tag: merdeka 64

Barisan Hadapan Menyerupai Tugu Negara #WiraNegara

Petugas barisan hadapan bergambar menyerupai Tugu Negara sebagai simbolik pengorbanan mereka sepanjang tempoh menentang Covid-19 yang melanda negara sempena Hari Kemerdekaan Kali ke 64 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 31 OGOS 2021.

Semangat Kemerdekaan Anak-Anak Kampung Haji Durani #31Ogos

Kanak-kanak dari Kampung Haji Durani Sungai Besar bermain bersama sambil mengibarkan jalur gemilang di sekitar kampungnya bersempena sambutan Hari Kebangsaan yang ke-64 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette Tanjung Karang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 31 OGOS 2021.

Persembahan Pesawat TUDM Gegarkan Sambutan Hari Kebangsaan 2021

Persembahan pesawat akrobatik negara milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2021 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 31 OGOS 2021.

KLCC dan Menara KL Bercahaya Jalur Gemilang #MERDEKA64

Menara Berkembar Petronas diserikan dengan lampu bertemakan warna Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan Kali ke 64 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 30 OGOS 2021.

Konvoi Anak Muda Kibar Jalur Gemilang #MERDEKA

Pemuda Flat Sri Melaka berkonvoi motosikal sambil mengibarkan Jalur Gemilang bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan ke-64 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Flat Sri Melaka Cheras, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 28 OGOS 2021.

Semangat Kemerdekaan “Malaysia Prihatin”

Penduduk giat melakukan kerja-kerja pemasangan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-64 yang bertemakan 'Malaysia Prihatin’ ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Blok 36 Flat Sri Melaka, Cheras, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 26 OGOS 2021.

Pancaran Cahaya Jalur Gemilang Warnai Putrajaya #MERDEKA64

Pancaran cahaya lampu kombinasi warna biru, kuning, merah dan putih yang membawa simbolik Jalur Gemilang menerangi Jambatan Seri Wawasan menceriakan malam menjelang sambutan Hari Kebangsaan ke 64 tahun ini ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Putrajaya. Foto SYAFIQ AMBAK, 24 OGOS 2021.

Skrin LED Jalur Gemilang #Merdeka64

Skrin LED memaparkan memaparkan kibaran jalur gemilang untuk memeriahkan Hari Kemerdekaan yang akan disambut pada 31 Ogos ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pavilion, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 24 OGOS 2021.

Laman Santai MERDEKA Hiasi Putrajaya

Pengerusi Rukun Tetangga Blok A1 Fasa 7 Presint 9 Putrajaya, Noraida Din membelanjakan RM600 untuk memasang lebih 500 bendera pelbagai saiz termasuk menghias dua set kerusi taman untuk dijadikan mini gazebo yang dinamakan Laman Santai Merdeka bagi menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Presint 9, Putrajaya. Foto SYAFIQ AMBAK, 23 OGOS 2021.