Tag: MGFlash
Calon PN Diumum Lepas 20 Mac #MGFlash
Perikatan Nasional, PN akan mengumumkan nama calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning selepas 20 Mac.
Suami Isteri Maut Kereta Dinaiki Hilang Kawalan #MGFlash
Sepasang suami isteri maut selepas kereta dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas dalam insiden membabitkan dua kenderaan di Kilometer 128.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Yong Peng, pagi semalam.
Nurul Izzah Pertahan Jawatan Naib Presiden PRK #MGFlash
Beliau yang menawarkan diri untuk bertanding berkata, keputusan dibuat atas keinginan meraikan keperluan bakat dalam parti kerana proses 'regenerasi' bermula daripada akar umbi.
Satu Lagi Lubang Benam Di Jalan Gua Musang-Lojing #MGFlash
Satu lagi kejadian lubang benam didapati berlaku di Kilometer 78 Jalan Gua Musang-Lojing berhampiran Kampung Jekjok pada awal pagi semalam, iaitu hanya tujuh meter dari lokasi kejadian tahun lalu.
JAKIM Panggil Produksi Drama Bidaah #MGFlash
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ) telah memanggil dan mengadakan pertemuan dengan produksi drama Bidaah berikutan adegan kontroversi dalam drama yang dilakonkan Vanidah Imran dan Faizal Hussein.
Wanita Maut Terjatuh Jejambat Berhampiran I-City #MGFlash
Seorang wanita yang belum dikenal pasti kerakyatannya, ditemukan dalam keadaan terbaring di atas jalan raya dipercayai terjatuh dari jejambat berhampiran i-City di Kilometer 6.5 Lebuhraya Persekutuan dari Shah Alam menghala ke Klang.
Dua Premis Perniagaan, Satu Kediaman Di Sik Dijilat Api #MGFlash
Dua premis perniagaan dan sebuah kediaman dua tingkat musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran yang berlaku ketika hampir waktu berbuka puasa di Jalan Sik, Jeniang dekat Sik, Kedah.
Polis Siasat Kes Kasari Pelajar Autistik #MGFlash
Polis membuka kertas siasatan berhubung insiden seorang pembantu pengurusan pelajar yang didakwa mengasari seorang pelajar autistik berusia tujuh tahun di sebuah sekolah rendah di Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor.
Didenda RM100 Kerana Ganggu Ketenteraman Awam #MGFlash
Seorang warga emas didenda RM100 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Balik Pulau, Pulau Pinang hari ini atas pertuduhan menggugat ketenteraman awam di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) pada Selasa lalu.
Pengiring TYT Melaka Kemalangan #MGFlash
Polis pengiring kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam cedera dalam kemalangan tiga kenderaan di Bulatan Seri Bayan, Durian Tunggal, Melaka.

















