Tag: MGFlash
Tekong Dan Tujuh PATI Maut Kemalangan #MGFlash
Tindakan nekad pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) mengelak diri daripada pemeriksaan polis mengundang padah.
Tujuh Pelacur Warga Asing Dicekup #MGFlash
Tujuh wanita warga asing disyaki pelacuran ditahan polis dalam Op Noda KL Strike Force malam tadi di sebuah hotel di Jalan Pudu, di ibu negara.
Padah Curi Kabel #MGFlash
Tindakan dua lelaki menceroboh kawasan pencawang elektrik bilik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Seksyen 6, Shah Alam, Selangor membawa padah apabila kedua mereka melecur dipercayai akibat letupan dan kebakaran.
Tiada Maklumat Jho Low Di Myanmar #MGFlash
Polis Diraja Malaysia (PDRM) belum menerima sebarang maklumat berhubung keberadaan dalang utama skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Low Taek Jho atau Jho Low di Myanmar.
Shuhaily Ketuai Siasatan Semula Kematian Beng Hock #MGFlash
Siasatan semula kes kematian bekas setiausaha pemimpin DAP, Teoh Beng Hock akan diketuai dan dikendalikan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zin.
Lima Individu Termasuk Wanita Thailand Dicekup #MGFlash
Seorang wanita warga Thailand antara lima individu yang ditahan dalam operasi private party di sebuah kondominum di Johor Bahru, semalam.
Van Sekolah Kemalangan Sebelum Ambil Pelajar #MGFlash
Pemandu sebuah van sekolah cedera selepas kenderaan yang dipandunya terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Jalan Paya Terubong menghala Relau, Pulau Pinang.
Suami Isteri Didakwa Edar Dadah 51.9 KG #MGFlash
Sepasang suami isteri dan rakan mereka dihadapkan ke Mahkamah Majistret Slim River atas pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 51.9 kg, 11 November lalu.
Banjir Landa Perak, Kelantan, Terengganu #MGFlash
Banjir terus melanda Perak, Terengganu, dan Kelantan. Di Perak, seramai 66 mangsa daripada 30 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara, P-P-S Dewan Orang Ramai Simpang Halt di Larut, Matang dan Selama.
Lari Daripada Polis Punca Kemalangan #MGFlash
Cubaan melarikan diri daripada diperiksa anggota polis peronda dikenalpasti menjadi punca kemalangan yang mengorbankan lapan individu di Jalan Sarikei Sibu, Lebuhraya Pan Borneo semalam.

















