Saturday, April 20, 2024
Home Tag Perintah kawalan pergerakan pemulihan

Tag: perintah kawalan pergerakan pemulihan

Daily Life – Pelajar ‘SPM’, Esok Sekolah!!!

Pelajar, Nurul Izzah Mohd Nasir menggosok baju sebagai persiapan terakhir sebelum bermulanya persekolahan pada esok hari berikutan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan 24 Jun sebagai tarikh pembukaan semula sekolah yang melibatkan murid kelas peperiksaan awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Damansara Damai, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 23 JUN 2020.

Daily Life – Balai Seni Negara #NormaBaharu

Pegunjung yang datang melihat hasil seni susulan pembukaan hari pertama Balai Seni Negara dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi mencegah penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Balai Seni Negara, Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN, 23 JUN 2020.

Peminat Aktiviti Sukan Badminton Patuh SOP MKN

Orang ramai tidak melepaskan peluang bermain sukan badminton selepas kerajaan membenarkan sukan tidak bersentuhan seperti tenis, badminton dan golf pada 15 Jun yang lalu di TJH Badminton Academy, Shah Alam. foto AFIQ RAZALI, 18 JUN 2020

Rezeki Pelukis Bebas Semasa PKPP

Pelukis, Mohd Safuan Mohd Nasiar, 25, melakukan perkhidmatan melukis pada dinding sebuah kedai yang menjual barangan basah susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Hulu Langat, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 18 JUN 2020.

‘Gila Durian’ Sampai Lupa PKPP

Sebahagian pengunjung yang hadir bagi membeli buah durian semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 18 JUN 2020.

Pusat Bowling Wangsa Bowl Patuh SOP MKN

Kelihatan notis peringatan pada kerusi sebagai langkah memperingati pengunjung mengamalkan penjarakan sosial semasa berkunjung ke pusat boling yang telah mula beroperasi mulai 15 Jun lalu iaitu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Beli Belah Wangsa Walk, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 18 JUN 2020

Tanah Perkuburan Islam Dibenarkan Untuk Ziarah

Pengunjung, Herni Mohd Zaman tidak melepaskan peluang berdoa semasa menziarahi kubur ayahnya ditemani suami, Hirwan Sharif (dua kanan) dan anak, Nur Hasya Hirwan selepas tanah perkuburan dibuka semula susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Tanah Perkuburan Islam Batu Muda, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 18 JUN 2020

Persiapan dan Persediaan Awal SOP Guru dan Murid-Murid SMK Hillcrest Gombak

Guru mengukur jarak meja bilik darjah sebagai persiapan sebelum sekolah dibuka semula susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hillcrest, Gombak, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 18 JUN 2020

KFC Patuh SOP Penjarakan Sosial PKPP

Pelanggan dilihat mula makan di restoran KFC ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette berikutan perkhidmatan makan di premis atau dine-in kini dibuka semula di semua restoran tersebut di seluruh negara pada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 16 JUN 2020

Menteri Perpaduan Negara Serah Kit Rondaan Skim Rondaan Sukarela (SRS)

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique (tengah) bersama timbalannya, Datuk Seri Ti Lian Ker (dua kiri) serta yang lain melihat barangan yang akan diserahkan kepada penerima Kit Rondaan Skim Rondaan Sukarela (SRS) untuk Rondaan Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Blok F9, Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 17 JUN 2020